in ,

PUMA Buka Kedai Terbesar Asia Tenggara Di Sunway Pyramid

PUMA telah mengadakan pelancaran besar-besaran bagi kedai flagship terbaharunya di Sunway Pyramid, menandakan pembukaan kedai terbesar mereka di Asia Tenggara.

Pembukaan ini adalah satu pencapaian penting bagi PUMA di rantau ini, dihadiri oleh pelbagai selebriti terkenal, personaliti tempatan, media, dan peminat. Dengan keluasan 12,000 kaki persegi, kedai ini bukan sahaja menandakan dedikasi PUMA terhadap dunia fesyen dan sukan, tetapi juga sokongan mereka terhadap komuniti Malaysia.

Kemuncak acara ialah penampilan istimewa Duta PUMA Thailand, Metawin “Win” Opas-iamkajorn dan Tontawan “Tu” Tantivejakul, yang memeriahkan suasana dengan kehadiran mereka. Duta PUMA Malaysia, Meerqeen dan Priscilla Abby, juga turut serta, berinteraksi dengan peminat.

Kedai flagship ini menawarkan pelbagai koleksi ikonik PUMA, dari kolaborasi Select dan Sportstyle hingga peralatan terbaru untuk pelbagai sukan seperti latihan, larian, bola sepak, bola keranjang, golf, dan banyak lagi.

Pengunjung berpeluang membeli barangan eksklusif yang hanya boleh didapati di kedai ini. Selain itu, kemudahan Pengimbas Kaki Kecerdasan Buatan (AI), kawasan personalisasi canggih, serta unit paparan interaktif juga disediakan untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang unik dan diperibadikan.

“Pembukaan kedai flagship PUMA yang terbesar di Asia Tenggara di Sunway Pyramid adalah bukti kepada kepentingan Malaysia dalam strategi keseluruhan PUMA. Kedai ini memperkukuh komitmen kami untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia dan kami yakin ia akan memberi impak positif kepada seluruh rantau,”

Sanjay Roy, Pengarah Urusan PUMA Asia Tenggara & Oseania.

Menurut Steven Tan, Pengurus Negara PUMA Malaysia, “Kedai ini lebih daripada sekadar ruang jualan; ia adalah pusat komuniti di mana sukan, fesyen, dan budaya bersatu. Kami teruja untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih imersif dan sebagai tempat pengunjung boleh berhubung dengan PUMA serta komuniti mereka.”

Pengunjung juga berpeluang bergambar di cermin kedai yang ditandatangani oleh Duta PUMA Thailand, Win dan Tu, serta Duta PUMA Malaysia, Meerqeen dan Priscilla sepanjang bulan September.

Sebagai tambahan kepada pelancaran, PUMA melancarkan PUMAthon, trek larian 3D di dalam kedai flagship. Untuk setiap 100 meter larian yang dilakukan pengunjung, PUMA akan menyumbangkan RM10 kepada Care2Run, sebuah organisasi yang membantu belia kelainan upaya dan komuniti terpinggir melalui sukan adaptif. PUMA memulakan kempen ini dengan sumbangan awal RM20,000 dan berharap sumbangan ini akan meningkat seiring dengan penyertaan komuniti.

Peserta juga boleh melihat catatan masa mereka di carta kedudukan secara langsung, dengan pelari terpantas berpeluang memenangi sepasang kasut PUMA Deviate Nitro Elite 3 bernilai RM929, bersama barangan larian lain.

“‘Forever Bersama’ adalah tentang kekuatan kebersamaan, dan kempen ini menggambarkan semangat itu,” kata Steven Tan. “Dengan menyertai PUMAthon, rakyat Malaysia bukan sahaja dapat menikmati pengalaman aktif, tetapi juga menyokong tujuan amal. Setiap larian menyumbang kepada matlamat kolektif kita dan menunjukkan kekuatan dalam melakukan kebaikan.”

PUMAthon akan berlangsung sepanjang bulan September 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai kedai flagship dan acara yang sedang berlangsung, ikuti kami di Instagram @PUMA.Malaysia!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

‘Tiada Tawaran Berlakon Sejak Bergelar Mualaf’

Sidang Media Muzikal Lawak Superstar 4, Barisan Peserta, Juri Tetap & Hos • Highlights