Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah mengharapkan balasan atas bantuan spontan yang diberikannya kepada individu tidak dikenali.
“Tidak semua perkara perlu saya kongsikan. Kadang-kadang keadaan itu berlaku secara spontan dan kita sendiri tak sampai hati nak tengok,” katanya.
Dia cuba merahsiakan tindakannya, namun akur dengan kuasa media sosial yang sering mendedahkan kebaikan yang dilakukan.
Menurut Siti, insiden seperti membantu penunggang motosikal yang kemalangan berlaku secara spontan kerana rasa kasihan. “Misalnya kisah seorang penunggang motosikal yang terbabit kemalangan. Ia insiden yang saya dan suami terpanggil untuk bantu sebab kasihan melihat keadaannya waktu itu,” jelasnya.
Walaupun dia tidak mengharapkan orang berkongsi, Siti tak boleh menghalang.
“Saya tak mengharapkan dia untuk kongsi apa yang kami buat, tapi media sosial hari ini sesiapa saja boleh bercerita dan kongsi.”
Datuk Seri Siti Nurhaliza
“Segala bantuan yang saya tunjuk di media sosial itu adalah berkaitan dengan sumbangan yang diberikan masyarakat kepada Yayasan Nur Jiwa,” tambahnya.
Baru-baru ini, beberapa pengguna media sosial mendedahkan kemurahan hati Siti, termasuk membantu mangsa kemalangan, membiayai pembedahan, dan membeli bantal untuk diwakafkan.
“Mahu atau tidak, saya kena kongsi supaya mereka tahu duit yang disalurkan itu ke mana. Tapi hal-hal lain yang saya lakukan, ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan,” katanya.
GIPHY App Key not set. Please check settings