Tiada yang lebih membangkitkan kenangan indah selain melangkah kembali ke masa lalu melalui deretan lagu-lagu malar segar yang dicipta oleh pemuzik hebat tempatan. Oleh itu, apabila Dennsa dan Sensorythm dengan sokongan Kementerian Komunikasi serta Kumpulam My Creative Ventures menganjurkan BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO, acara ini yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, WTCKL pada 10 November 2024 jam 8 malam, menjadi peluang untuk merasai pengalaman ‘kembali ke masa lalu’ yang tidak boleh dilepaskan.
Pemilihan nama Battle of Time menggambarkan transisi masa yang dilalui oleh kumpulan legenda seperti Exists, yang turut memberi inspirasi kepada pemuzik generasi baharu seperti Masdo.
Gabungan dua nama besar ini, yang tidak hanya terkenal di Malaysia tetapi juga di Indonesia, menjanjikan sebuah pengalaman yang bukan sekadar hiburan ringan, tetapi juga penuh dengan pengetahuan tentang kehebatan karya pemuzik tempatan.
“Seperti yang kita tahu, Exists adalah kugiran legenda yang karya-karya mereka didengar dari generasi Millenial hingga generasi Alpha. Lagu-lagu seperti Oh Ibu, Julia, dan Langkah Seiringan yang dihasilkan lebih sedekad lalu kini kembali trending di TikTok.
“Ini membuktikan bahawa karya Exists tidak luput ditelan zaman dan terus relevan meskipun era telah berubah. Inilah sebab utama kami dengan bangga membawakan Exists ke dalam BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO.
Sementara itu, untuk Masdo, tidak dapat dinafikan bahawa aura muzik mereka telah mencipta fenomena tersendiri di kalangan peminat muzik Nusantara. Oleh itu, gabungan Exists dan Masdo dalam BATTLE OF TIME adalah pertembungan era muzik lama dan baharu, yang dihidupkan semula untuk dinikmati oleh semua,” ujar Dewi daripada Dennsa, selaku penganjur.
Diadakan di Dewan Merdeka, WTCKL, BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO bakal menyaksikan kedua-dua kugiran ini membawakan deretan lagu hit mereka dengan sentuhan dan susunan muzik baharu.
“Sebagai kugiran baharu, Masdo sangat teruja dapat berkongsi pentas dengan Exists, yang lagu-lagu mereka selalu menjadi siulan kami semasa remaja. Dengan genre muzik yang sedikit berbeza, namun tema Battle of Time sangat bermakna bagi Masdo, yang membawa aliran pop 60-an,” ujar Putu Ceri dari Masdo.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO dalam suasana yang penuh nostalgia dengan mendapatkan tiket anda. Kategori tiket yang ditawarkan termasuk DIA PERTAMA (RM159), LEMPENG TWIST (RM199), ANUGERAH HATI (RM219), BUNGA CEMARA (RM299), TERUNA JUWITA (RM399), BIDADARI PUJAANKU (RM599), dan UNTUKMU PUSPITA ROYAL BOX (RM789).
Dapatkan tiket anda melalui MYTICKET.COM atau ATOME. Sampai jumpa di sana!
GIPHY App Key not set. Please check settings