in ,

Ibu Syamsul Yusof Sebak, Doakan Anak Hadapi Perceraian Kedua

Ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, Datin Patimah, tidak dapat menahan sebak melihat anaknya yang kini menghadapi fasa perceraian buat kali kedua.

Patimah berkongsi perasaannya di Instagram hari ini, mendoakan agar Syamsul kekal kuat dan urusannya dipermudahkan.

“Air mataku mengalir melihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang diri. Doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.”

Datin Patimah

Syamsul dan bekas isteri, Ira Kazar, disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini.

Peguam Syamsul, Azmi Mohd Rais, memaklumkan Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu, menyebabkan perceraian itu sah di sisi mahkamah.

Syamsul memfailkan perceraian terhadap Ira pada 16 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Syamsul sebelum ini berkahwin dengan Ira pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Influencer Popular Aya Nafi Bercinta dengan Warga Nigeria

Siapa Sangka, Yuna Pernah Kena ‘Banned’ Dari Kanada