IKEA mengajak rakyat Malaysia untuk mengutamakan tidur berkualiti dengan menyambut Festival Tidur IKEA pada bulan September ini. Karnival ini, yang dipenuhi dengan aktiviti menarik, hiburan, dan bengkel, akan berlangsung di semua gedung IKEA di Malaysia bermula 7 September, menjanjikan pengalaman yang tak terlupakan.
Menurut kajian oleh ‘Asian Journal of Medicine and Health Sciences,’ 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami insomnia, dan lebih daripada 50% pekerja tidak mendapatkan sekurang-kurangnya 7 jam tidur sehari. Laporan ‘Life at Home IKEA 2023’ pula mendapati lebih satu pertiga rakyat Malaysia menganggap tidur sebagai kunci utama kesejahteraan mental di rumah.
Namun, kebergantungan kepada dunia digital dan “FOMO” (Sindrom Ketakutan Kehilangan) menyebabkan ramai mengabaikan kepentingan tidur. Oleh itu, IKEA mengajak rakyat Malaysia untuk meluangkan masa untuk berehat dan fokus pada tidur berkualiti.
Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys, berkata, “Di IKEA, kami percaya bahawa tidur yang berkualiti penting untuk kehidupan sehari-hari yang lebih baik. Setiap orang berhak mendapatkan tidur malam yang nyenyak. Festival Tidur IKEA bertujuan menginspirasikan rakyat Malaysia untuk menghargai semula keajaiban tidur yang sempurna.”
Sepanjang bulan ini, gedung IKEA akan menjadi destinasi inspirasi untuk segala yang berkaitan dengan tidur. Selain meneroka enam elemen penting dalam kualiti tidur, IKEA juga ingin membantu pelanggan memahami manfaat tidur berkualiti dan menjadikannya keutamaan, sambil mewujudkan kenangan baru bersama mereka.
Ekstravaganza Festival Tidur IKEA Sepanjang Bulan:
Mulai 7 September, IKEA Damansara, Cheras, Tebrau, dan Batu Kawan akan menganjurkan pelbagai aktiviti bertemakan tidur berkualiti setiap hujung minggu, termasuk:
- Menikmati set akustik ala mimpi dengan muzik tenang dari artis tempatan seperti Zee Avi, Alena Murang, dan Ezra Kairo.
- Menguasai seni tidur melalui bengkel yang menawarkan petua tidur berkualiti dari pakar tidur IKEA.
- Cabaran tidur siang setiap dua minggu dengan pertandingan untuk melihat siapa yang paling cepat terlelap.
- Mendapatkan sarapan nasi lemak percuma dengan tampil memakai pakaian tidur paling selesa anda.
Festival Tidur IKEA juga menawarkan peluang bertemu dengan artis dan pempengaruh popular seperti Arwind Kumar, Joseph, Graeme, Ming Yue, Sai, dan Dennis Lim Ming di pelbagai lokasi IKEA. Untuk maklumat terkini, ikuti media sosial IKEA Malaysia.
GIPHY App Key not set. Please check settings