in

Khairul Aming Dedah Berbelanja RM80,000 Untuk Penggambaran Video Masakan di New Zealand

Personaliti media sosial dan usahawan Khairul Aming mendedahkan bahawa beliau telah menghabiskan RM80,000 untuk perbelanjaan tiga orang semasa menghasilkan video masakan di New Zealand.

Menurut Khairul Aming, yang nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, jumlah tersebut merangkumi kos penginapan, makanan, dan tempahan saat akhir yang dibuat semasa penggambaran.

“Ketika di sana, banyak wang digunakan untuk bahagian penggambaran. Kami menyewa rumah inap yang cantik, menikmati makanan mahal, dan membuat banyak tempahan last minute.”

Khairul Aming
@khairulaming

I hope one day korang juga boleh sampai ke tempat ni. Ini salah satu tempat paling cantik aku pernah pergi dalam hidup

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Beliau juga menyatakan bahawa kos tersebut adalah tinggi kerana ia melibatkan tiga orang dan pelbagai perbelanjaan tambahan. “Jika hanya untuk melancong sendiri, perbelanjaannya tidak semahal itu,” tambahnya.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa perbelanjaan tersebut berbaloi memandangkan hasil kerja Khairul Aming telah mendapat perhatian ramai, termasuk Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon. “Labur RM80,000 dan dapat kunjungan Perdana Menteri New Zealand, memang power! Tahniah!” komen salah seorang netizen.

@khairulaming

Hari ni Khairulaming dan Perdana Menteri New Zealand berjumpa sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video masak yang kita buat dekat sana 🥹

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Khairul Aming sebelum ini membanggakan rakyat Malaysia apabila menerima kunjungan daripada Christopher Luxon sebagai penghargaan atas sumbangannya dalam menghasilkan video memasak di New Zealand. Kunjungan tersebut merupakan bentuk penghargaan dari New Zealand atas usaha Khairul Aming yang mempromosikan negara itu melalui karya-karyanya.

Pertemuan tersebut turut menguatkan lagi reputasi Khairul Aming sebagai seorang usahawan dan personaliti media sosial yang berjaya, dan memberikan inspirasi kepada ramai dengan dedikasi dan komitmennya dalam bidang perniagaan dan kreatif.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Anna Jobling Gemuruh Bergandingan Dengan Maya Karin Dalam Sekuel ‘Duyung’

3 Restoran Popular Jamin Bahan Mentah Halal Walaupun Belum Ada Sijil Halal Jakim3