in ,

Siti Nurhaliza Pernah Beri Bantuan CPR kepada Allahyarham Yasmin Ahmad Sebelum Meninggal Dunia

Kisah penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada pengarah terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad kembali tular di media sosial selepas 15 tahun kejadian itu berlaku.

Menurut satu perkongsian oleh pengguna media sosial, Ooi Beng Cheang, Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa, berada di ruangan yang sama dengan Yasmin Ahmad ketika pengarah tersebut tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas sebelum rebah ketika membuat pembentangan di Sri Pentas, TV3, pada tahun 2009.

“Apabila pengarah terkenal Yasmin Ahmad diserang angin ahmar, Siti Nurhaliza membantu memberikan CPR kepadanya. Ketika itu, dia berada di dalam bilik yang sama dengan Yasmin namun pengarah itu gagal untuk diselamatkan.”

Ooi Beng Cheang

Ooi juga turut mengesahkan kejadian itu dengan berkongsi pautan video laporan berita mengenai insiden tersebut.

Pada waktu kejadian, Siti yang juga duta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, bertindak pantas memberikan bantuan pernafasan bersama seorang doktor panel stesen penyiaran tersebut. Walau bagaimanapun, usaha menyelamatkan Allahyarham Yasmin Ahmad tidak berhasil.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke hospital sekitar jam 4.30 petang tetapi disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.25 malam hari yang sama.

Sepanjang hayatnya, Yasmin Ahmad dikenali sebagai pengarah yang berbakat besar dan pernah menghasilkan beberapa filem popular seperti Sepet, Gubra, dan Mukhsin. Filem-filem arahannya turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, dengan meraih anugerah di festival filem berprestij seperti Berlin, San Francisco, Singapura, dan Cannes.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Isteri Hamil, Da’i Syed Didakwa Ajak Wanita Lain Ke Dubai

Myra Natasha Masuk Hospital Akibat Keresahan Selepas Konflik dengan Halim Othman