in ,

Isteri Hamil, Da’i Syed Didakwa Ajak Wanita Lain Ke Dubai

Pendakwah bebas Da’i Syed didakwa mempelawa seorang wanita ke Dubai ketika isterinya sedang sarat hamil.

Menurut individu tersebut, yang memuat naik pengalamannya melalui laman Thread, Da’i Syed, nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 29, menghubunginya meskipun mengetahui bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai anak, serta pada masa itu, isterinya juga sedang hamil.

“Dia tahu yang saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Walaupun isteri dia sedang hamil, dia tetap mengganggu saya dengan ajakan untuk berbual dan bercakap melalui telefon.”

Wanita itu.

Wanita tersebut juga memaparkan tangkap layar perbualan mesej langsung (DM) dengan Da’i Syed melalui Instagram, menunjukkan bahawa pada awalnya dia menyangka Syed menghubunginya untuk mendapatkan nasihat guaman.

Namun, perbualan tersebut bertukar arah apabila Syed mula mengajaknya untuk pergi ke Dubai. “Saya fikir dia mungkin nak nasihat undang-undang sahaja tetapi bila dia mula bertanya fasal nak ikut ke Dubai, saya rasa sangat mencurigakan,” jelasnya.

Wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu turut melahirkan rasa kasihan terhadap isteri Syed, Hana Ismail, dan bayi mereka. “Kasihan kepada isterinya, takkan dia tidak tahu tentang perangai suaminya macam ini,” tambahnya.

Pada 30 Ogos lalu, Mahkamah Seksyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.

Hana Ismail, yang dinikahi pada 3 Disember 2022, masih dalam tempoh pantang dan baru 16 hari melahirkan puteri mereka.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hantaran Nur Fazura Cipta Spekulasi, Tiada Khabar Fattah

Siti Nurhaliza Pernah Beri Bantuan CPR kepada Allahyarham Yasmin Ahmad Sebelum Meninggal Dunia