Hantaran terbaru pelakon dan usahawan Nur Fazura di media sosial baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi dan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Fazura memuat naik beberapa foto dan video di Instagram dengan kapsyen “Selamat Tinggal Ogos,” yang seolah-olah memberikan gambaran mengenai kehidupannya kini tanpa sebarang kelibat suaminya, Fattah Amin, dalam gambar dan video tersebut.
Apa yang menarik perhatian adalah Fazura turut memuat naik sedutan lagu “Love In The Dark” nyanyian Adele serta babak filem “Crazy Rich Asians.” Dalam babak filem tersebut, watak Astrid membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Michael Teo.
Menjengah ke ruangan komen, banyak peminat meluahkan rasa bimbang mengenai keadaan artis kesayangan mereka, memandangkan tiada sebarang kemunculan Fattah dalam hantaran tersebut.
Sebelum ini, spekulasi mengenai masalah rumah tangga Fazura dan Fattah timbul apabila pasangan tersebut tidak lagi memuat naik foto bersama di media sosial. Walau bagaimanapun, mereka telah tampil menangkis dakwaan tersebut, menjelaskan bahawa mereka memilih untuk menjalani kehidupan secara privasi.
Hantaran terbaru Fazura ini menimbulkan persoalan mengenai status hubungan mereka dan menarik perhatian ramai, menjadikan ia topik hangat di kalangan peminat dan pengikut media sosial.
GIPHY App Key not set. Please check settings