in ,

Astro Mempersembahkan ‘Kilauan Emas 2024’, Otai Kembali Berbisa!

Astro kembali menampilkan bakat-bakat generasi X, iaitu rakyat Malaysia berusia 45 tahun ke atas, dalam program realiti legenda, ‘Kilauan Emas 2024’. Program nyanyian kompetitif ini telah berjaya mencungkil banyak bakat otai tempatan di Malaysia.

‘Kilauan Emas 2024’ kali ini hadir dengan tema baharu, ‘Otai Kembali Berbisa’, yang memberi peluang kepada bakat otai tempatan untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian. Para peserta yang dipilih bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, tetapi juga memiliki pencapaian dan latar belakang yang unik, menjadikan konsert utama ‘Kilauan Emas 2024’ lebih berwarna-warni.

Musim terbaru ini menampilkan 12 peserta yang dipilih melalui sesi uji bakat yang diadakan pada 3 & 4 Ogos di SACC Mall, Shah Alam.

Menurut Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, “Kami sangat gembira untuk membawa kembali ‘Kilauan Emas 2024’ kepada penonton dan peminat setia. Kami menyedari ramai rakyat Malaysia berusia 45 tahun ke atas yang memiliki bakat luar biasa dan memerlukan platform untuk menonjolkan bakat mereka.

Oleh itu, kami menyediakan pentas ini untuk mereka bersinar. Selari dengan matlamat kami untuk sentiasa mencipta peluang melalui program realiti, barisan peserta yang akan berentap di pentas ‘Kilauan Emas 2024’ kali ini juga mempunyai keunikan mereka tersendiri.

Namun, yang lebih istimewa pada musim ini, peserta-peserta ini adalah “unsung hero” dalam kisah hidup mereka sendiri dan ingin menceburi bidang nyanyian di peringkat yang lebih tinggi.

Kami percaya pertandingan seperti ini akan memberikan perhatian terhadap generasi ini, dengan menampilkan mereka sebagai individu yang masih berbakat dan mempunyai pencapaian hebat dalam kehidupan. Dari seorang seniman jalanan hingga bekas anggota tentera, setiap peserta memiliki keistimewaan tersendiri, dan kali ini mereka ingin memperlihatkan bakat nyanyian mereka kepada seluruh dunia.

Kami berharap program Kilauan Emas akan membantu meningkatkan keyakinan dan semangat setiap peserta, sekaligus memberi inspirasi dan motivasi kepada bakat-bakat otai tempatan yang lain untuk terus mengejar impian mereka,” tambah Norzeha.

Pada musim terbaharu ini, 12 peserta solo dari pelbagai negeri di Malaysia seperti Sabah, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu, yang berusia antara 46 hingga 68 tahun, akan bersaing. Peserta paling senior pada musim ini berusia 68 tahun.

‘Kilauan Emas 2024’ akan dimeriahkan dengan kehadiran Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas. Barisan juri musim ini mengekalkan figura legenda, Erra Fazira dan Dato’ Hattan, serta pelawak terkenal Roy Azman yang akan menambah seri pada setiap episod.

Penerbitan ‘Kilauan Emas 2024’ turut disinari dengan kerjasama bersama Astro Gempak sebagai rakan digital, SINAR dan GEGAR sebagai rakan radio rasmi.

Selepas hampir 7 tahun berehat, program ini akan kembali menemui para penonton di Astro bermula 14 September 2024, setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105), serta boleh distrim melalui On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ini Punca Siti Jamumall Dikata Penipu, Sampah & Dibenci Ramai. Komen Isu Penunggang Agama

Baby Shima Kesal Pendakwah Diam Isu Da’i Syed