in ,

Andi Bernadee Kini Bersama Universal Music Malaysia

Sejak menceburi industri muzik tempatan, Andi Bernadee, seorang bintang dari Sabah, telah berjaya mencipta nama dan memberikan impak tersendiri.

Dikenali sebagai perintis dalam genre muzik ‘Reggaeton’ di Malaysia, Andi telah menghasilkan beberapa lagu hit yang mengukuhkan popularitinya di negara ini.

Kini, Andi dengan bangganya mengumumkan bahawa beliau baru sahaja menandatangani kontrak rasmi dengan Universal Music Malaysia, sebuah label muzik antarabangsa yang terkenal, dalam usaha untuk memperluaskan jangkauan muzik dan kerjayanya.

Sebagai seorang penghibur yang bercita-cita tinggi, Andi juga mempunyai impian yang besar setelah menyertai label antarabangsa ini.

“Sebagai seorang artis, saya ingin terus berkembang, dan sebagai penyanyi, saya merancang untuk menghasilkan album serta beberapa persembahan khas yang akan datang,” kata Andi mengenai perancangannya setelah menandatangani kontrak dengan Universal Music Malaysia.

Apabila ditanya mengenai harapannya untuk masa depan, Andi dengan yakin menyatakan hasratnya dalam bidang muzik.

“Saya berharap dapat kekal dalam gaya muzik saya, dan terus menghasilkan lebih banyak lagu reggaeton yang seiring dengan genre dan identiti muzik saya,” katanya.

Andi Bernandee

Andi, yang juga seorang pelakon berbakat, berasa bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Universal Music Malaysia dan berjanji akan berkongsi lebih banyak berita menarik dalam masa terdekat.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Nabila Razali Kongsi Keterujaan Sebagai Duta Salam Taiwan 2024

Masing Masing Catat Kejayaan Besar, Ernie Zakri Terima Anugerah Platinum