in , ,

Dilema Memilih Kesetiaan Atau Masa Depan Antara Dua Surga Dalam Cintaku

Janji untuk sehidup semati disulami tema cinta, pengorbanan, dan dilema moral yang mendalam, filem Dua Surga Dalam Cintaku akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2024.

Mengisahkan Arham, pelajar akhir di Jakarta, yang menghadapi dilema cinta dengan dua wanita. Setelah berkahwin dengan Husna yang disahkan menghidap kanser, Arham berjanji untuk setia padanya tetapi akhirnya terpaksa kembali ke Jakarta untuk menyelesaikan pengajian. Di sana, dia bertemu Zilka yang sedang melarikan diri dari bekas teman lelaki yang berbahaya. Arham terpaksa membuat pilihan sukar antara kesetiaan kepada Husna dan masa depan dengan Zilka

Filem hasil arahan Kiki Nuriswan, diadaptasi daripada novel terlaris Indonesia dengan tajuk yang sama oleh Allahyarham Atho Al Rahman. Skripnya ditulis oleh penulis terkenal Boni Faisal, mengisahkan kemelut dalam perkahwinan dengan durasi 111 minit, penuh dengan tema-tema mendalam dan penuh makna.

Pelakon-pelakon utama seperti Yuki Kato, Aliff Alli, Keira Shabira, Early Ashyla, Iwan Burnani, Ivanka Suwandi, Azza Galedda, Nurul Anissa Hasanah, Cahya Arynahara, Irza Mahatir, Yugo Werner, dan Edy Tambudo, menjanjikan persembahan yang menarik dan menyentuh hati.

Kisah ini berlatarbelakangkan suasana moden dan menjalani penggambaran di Mekah, Madinah, Taif, Bogor, dan kampus Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta, menampilkan gabungan budaya Islam dari Arab dan Indonesia yang menambah keunikan cerita.

Keistimewaan filem ini terletak pada penggambaran di Tanah Suci Mekah dan Madinah, memberikan makna yang mendalam bagi umat Islam. Dengan pelakon berpengalaman dan latar belakang yang unik, filem ini pasti menawarkan pengalaman menonton yang tidak akan dilupakan.

Malam Gala & Promosi

Pada 20 Ogos lalu, Malam Gala untuk Dua Surga Dalam Cintaku menyaksikan kehadiran pelakon utama Keira Shabira dan penyanyi El Alice, yang turut menyanyikan lagu runut filem ini.

Acara ini mendapat sokongan Yayasan Ihsan Rakyat sebagai Rakan Kongsi dan disokong oleh pelbagai penaja termasuk Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Hayyan Huda Opah’s Kitchen, Kiraku Japanese Restaurant, Moka Pot Café, Mama’s Ride, Mohd Chan Restaurant, dan HS Event & Entertainment.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2024.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Yaber Lancar Projektor Comel, Mudah Alih, Bateri 2.5 Jam Dengan Bunyi Oleh JBL

Konsert “COKELAT KEMBALI” di Zepp Kuala Lumpur Dibatalkan