in ,

POCO F6 Siri Dinobatkan Sebagai Rakan Rasmi Telefon Permainan untuk PUBG

POCO, jenama teknologi yang popular dalam kalangan generasi muda penggemar teknologi, kembali dengan POCO Carnival, meraikan ulang tahun lagi dengan tawaran hebat untuk peminat dan pelanggan di Malaysia. Kempen eksklusif dalam talian ini menawarkan diskaun hebat pada pelbagai telefon pintar POCO dari 19 Ogos hingga 31 Ogos 2024.

POCO komited untuk memastikan produk mereka memenuhi keperluan dan melebihi jangkaan pelanggan. Terus memikat peminatnya, POCO tahun ini telah bekerjasama dengan PUBG Mobile, dengan siri flagship terbarunya, POCO F6 series, menjadi rakan rasmi telefon permainan untuk PUBG Mobile Super League Southeast Asia (PMSL SEA) musim ini. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh lagi kedudukan siri flagship yang menawarkan prestasi luar biasa dan penambahbaikan bagi pengalaman permainan yang lebih hebat.


Sebagai jenama telefon pintar yang benar-benar memahami pengguna muda yang celik teknologi, POCO sentiasa komited dalam menyediakan produk “Everything You Need, Nothing You Don’t” dengan prestasi luar biasa untuk fotografi, permainan, hiburan, dan banyak lagi. Berlangsung sekarang hingga 31 Ogos, POCO Carnival memperkenalkan tawaran hebat pada telefon pintar kegemaran peminat termasuk siri flagship POCO F6, siri pertengahan POCO X6 dan M6, serta telefon peringkat permulaan POCO C65. Pembeli boleh menikmati tawaran terhad POCO Carnival secara eksklusif di kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada, sementara stok masih ada.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Syada & Shila Amzah Tak Bercakaran. Belum Sempat Jumpa Anak Buah Baru, Satu Keluarga Rindukan Shila

KLP48 Perkenalkan Ahli Generasi Pertama dan Debut Persembahan Konsert pada 18 Ogos