in

‘’Maafkan saya, saya hanya mengikuti perintah..” – Ara Johari Minta Maaf, Kerana ‘Confident’ Melampau

I Can See Your Voice Malaysia musim ke-7 (ICSYVMY 7) sekali lagi menghadirkan kehangatan dan juga momen-momen yang jarang berlaku di pentas ICSYVMY 7, sehingga membuatkan penyanyi misteri nombor 5 berkata, “Ara, biarlah persembahan saya ini sahaja yang membuktikan segalanya,” kepada Ara dengan nada marah dan kecewa. “Baru start je kau dah salah, Ara.. macam mana ni?” celah Bell secara spontan.

Keunikan episod kali ini yang bertemakan Legenda atau Ikonik, ICSYVMY 7 menampilkan dua panel penyiasat jemputan hebat, iaitu Ernie Zakri yang hadir dengan watak ‘Ratu Rock Ella’ dan Nadeera Zaini sebagai ‘Gadis Kretek’ untuk membantu Ara Johari sebagai artis jemputan.

“Bukan calang-calang orang tau minggu ni, Ara.. Jangan main-main,” kata Shiha kepada Ara Johari. Sudah tentu, tidak dilupakan juga kepada panel-panel tetap yang tampil bergaya dengan watak-watak ikonik seperti Riena Diana sebagai ‘Lady Gaga’, Bell Ngasri sebagai ‘P. Ramlee’, Naim Daniel sebagai ‘Joe Flizzow’, dan Siti Khadijah Halim sebagai ‘Lady Diana’. “Ku pikirkan Hetty Sarlene tadi si Siti ni..” usik Bell kepada Siti Khadijah Halim.

Vanessa Reynaulds dalam episod lalu berjaya menyingkirkan hampir semua penyamar hingga ke penghujung rancangan. Namun, berbeza kali ini kerana Ara Johari hampir gagal terus-menerus dalam membuat keputusan yang tepat, meskipun dia pernah berada di pentas ini pada musim ke-3 ICSYVMY.

“Pandai-pandai sendiri lah, Ara,” kata Izzue kepada Ara Johari pada pusingan ketiga. Dengan penuh keyakinan, Ara membuat keputusan muktamad untuk menyingkirkan penyanyi misteri nombor 3.

“Haa! Itulah kau.. confident bebenor.. hampa aku lah aduii..”

Bell Ngasri

kata Bell kepada Ara Johari. Ara terduduk apabila mendengar suara sebenar penyanyi misteri nombor 3 itu. “Alahai sedihnya saya.. tapi terima kasih banyak, awak berdua sangat berbakat dan teruskan kerjaya awak ya.. I love you..” nasihat Ara kepada mereka sambil menunjukkan rasa terkilan.

Setelah beberapa kali membuat keputusan yang salah, Ara Johari akhirnya memilih untuk mendengar nasihat tambahan daripada Izzue dan Shiha pada pusingan penentuan. “Ara, kau kena betul-betul kali ni, malu nanti kalau kalah lagi,” kata Naim Daniel kepada Ara. “Ini lah masanya untuk you tebus balik kesalahan you tu, Ara,” tambah Riena Diana selepas hujahan Naim.

“Takpa, saya tak nak dengar kata orang lain, saya nak bertanggungjawab ‘at least’ kalau salah juga yang ini, ini keputusan daripada saya sendiri,” kata Ara Johari dengan penuh rasa tanggungjawab. Selepas kecewa di pusingan-pusingan sebelumnya, akhirnya Ara Johari berjaya menyingkirkan penyamar dan memilih penyanyi misteri nombor 1 sebagai penyanyi sebenar. “Akhirnya saya betul juga kali ini!” kata Ara Johari dengan penuh kegembiraan di wajahnya.

Fuh! Episod ke-8 ini memang hangat dan mendebarkan. Ara ternyata menunggu saat-saat akhir untuk memberikan kejutan kepada semua penonton. “Yang paling penting, Ara membuat pilihan yang tepat!” tambah Izzue kepada Ara Johari. Jadi, mampukah artis jemputan di episod akan datang membuat keputusan yang betul?

Jangan ketinggalan untuk menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 yang bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3. Penonton juga boleh menonton secara langsung dalam HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk merancakkan lagi perbualan di media sosial, jangan lupa gunakan tanda pagar #ICSYVMY7. Untuk mendapatkan info terkini tentang program kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram TV3 @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat @dramasangat.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Spider Akhirnya “Keluar Sarang”!

Sempena Kemerdekaan, ABPBH 36 Lancarkan Tema “Teguh”