in ,

Rocketfuel Raikan Perpaduan Malaysia Dengan Lagu Patriotik ‘Inilah Kita’

Rocketfuel Entertainment telah melancarkan single patriotik terbaru berjudul ‘Inilah Kita’ bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan datang.

Lagu ini menampilkan kolaborasi artis pelbagai bangsa seperti Hael Husaini, Wani Kayrie, Balan Kash, Daniel Fong, Roshini Balachandran, dan Joey Leong, yang melambangkan kepelbagaian budaya Malaysia.

Menurut Rocketfuel Entertainment, lagu ‘Inilah Kita’ adalah simbolik kepada keindahan Malaysia yang kaya dengan budaya, bahasa, dan agama yang pelbagai namun tetap bersatu di bawah satu bendera.

Kesemua mereka bergabung suara untuk menyampaikan mesej yang kuat tentang pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersatu-padu dan terus berbangga dengan identiti kita.

Dicipta oleh Shazee Ishak, Audi Mok, dan Balan Kash, lagu berdurasi hampir 3 minit ini membawa mesej perpaduan dan kebanggaan terhadap identiti Malaysia.

Ketua Rocketfuel Entertainment, Wee Sher Leen, menyatakan harapan agar lagu ini dapat menyentuh hati rakyat Malaysia, memperkuat semangat perpaduan, dan menjadi lagu kebanggaan semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Lagu ‘Inilah Kita’ kini boleh distrim di semua platform digital, manakala video muzik eksklusifnya akan dilancarkan pada 18 Ogos 2024 selepas tayangan di Astro Ria.

Jom bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan semangat perpaduan dan tanda cinta kita kepada negara tercinta, Malaysia. ‘Inilah Kita’ – Satu bangsa, satu negara, satu hati.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Afgan Ada Lyodra Bakal Memikat Hati Peminat September Ini!

Nur Fatima Kembali Dengan Single Terbaharu ‘KU CUBA’ Dari Australia