in , ,

Syamsul Yusof Failkan Cerai Terhadap Ira Kazar

Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof, dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Difahamkan bahawa keputusan untuk bercerai dibuat kerana mereka dikatakan sudah tidak lagi sehaluan.

“Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka”

Sebelum ini, desas-desus mengenai masalah rumah tangga mereka mula tersebar pada Oktober tahun lalu, namun kedua-dua pihak memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.

Di samping itu, Ira juga dikhabarkan sedang mengandung anak pertama mereka, tetapi sehingga kini tiada pengesahan rasmi daripada pasangan tersebut.

Sebelum ini, Syamsul dan Ira telah melangsungkan pernikahan di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu. Syamsul sendiri mengesahkan perkahwinan mereka dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada bulan Januari tahun lalu.

Berikutan itu, isteri pertama Syamsul, pelakon Puteri Sarah, memutuskan untuk memfailkan perceraian, yang akhirnya disahkan pada 14 Jun tahun lalu.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hannah Delisha Percaya Reputasi, Kini Wajah Pelaris Conboo

Afgan Ada Lyodra? Lyodra Jadi Diva?