in ,

Gabungan Hausboom dan Hotlink, Menyemarakkan ‘Colours of Life’ di Festival 2024

Hausboom, sebuah jenama terkenal sejak 2016, telah berjaya menggabungkan perniagaan dengan dunia muzik, terutamanya melalui penganjuran acara-acara muzik.

Bermula dengan gig kecil-kecilan pada tahun 2017, kini Hausboom bersedia untuk menganjurkan Hausboom Music Festival 2024 pada 5 dan 6 Oktober di KL Base.

Festival ini akan menampilkan 32 artis dari Malaysia dan Indonesia, termasuk nama-nama besar seperti Wings, Ruffedge, Datuk Zainal Abidin, Bunkface, Joe Flizzow, serta band-band dari Indonesia seperti Payung Teduh dan The Changcuters.

Acara ini juga termasuk Hausboom Lokal Fest, yang menghimpunkan 110 peniaga tempatan, termasuk jenama fesyen terkenal Malaysia seperti SVG, Hikari Riders, Asly dan The Capcity.

Sebagai daya tarikan tambahan, Hausboom akan memperkenalkan edisi terhad 100,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label khas yang direka bersama lima jenama tempatan. Terdapat juga pelbagai hadiah menarik yang boleh dimenangi melalui kod QR pada label botol tersebut.

Selain itu, Hotlink turut bekerjasama dengan festival ini, menawarkan akses istimewa kepada pengunjung yang menggunakan rangkaian mereka.

Tiket boleh dibeli dalam talian di https://sayalive.io/hbm2024 dan akan layak untuk
memasuki kedua-dua Hausboom Music Festival 2024 & Hausboom Lokal Fest 2024.

Manakala tiket untuk Hausboom Lokal Fest 2024 akan tersedia pada 1 September 2024.
Kemasukan Umum: RM15

Hausboom Music Festival 2024 hanya terbuka kepada individu berumur 16 tahun ke atas, manakala Hausboom Lokal Fest terbuka untuk semua peringkat umur.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Pasang Impian Mengarah Filem, Nadhir Belum Sedia Jadi Pengarah Sepenuh Masa

Kelly Azman Terima Kecaman Hebat Gara-Gara Cover Lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’