in

Ibu Makan Kerak Nasi Besarkan Hana & Adik Beradik, Bina Mommyhana Untuk Ubah Nasib Keluarga

Sebelum menjadi pengasas dan pengarah jenama produk kanak-kanak terkenal, Hana Shahadan melalui banyak cabaran hidup sejak kecil yang membentuk kekuatannya kini. Anak bongsu daripada enam beradik ini membesar dalam keluarga miskin di Kuang, Selangor, tanpa kemewahan.

Dalam podcast Apa Cerita?, Hana berkongsi tentang usaha kerasnya untuk melanjutkan pengajian dan mencari pendapatan sendiri.

Ibunya, yang tidak boleh membaca dan memandu, tetap berusaha dalam perniagaan untuk mengubah nasib keluarga. Hana mengingati bagaimana ibunya berniaga dengan berjalan kaki dari rumah ke rumah, dan betapa beliau sering diejek oleh kanak-kanak kampung kerana pekerjaan ibunya. Walau begitu, Hana menjadikannya sebagai dorongan untuk berjaya.

“Emak saya tidak boleh membaca, bawa basikal, motosikal dan kereta. Saya juga dibesarkan dalam keluarga yang susah. Keluarga saya tiada kereta, jadi kalau di kampung akan berjalan kaki sahaja. Emak saya hanya suri rumah dan akan buat perniagaan. 

Hana Shahadan

Hana turut berkongsi kenangan hidup serba kekurangan, di mana rumah mereka kecil dan makan minum sentiasa cukup walaupun ibunya terpaksa makan kerak nasi. Walaupun menghadapi kesusahan, Hana dan keluarganya tetap bahagia dan saling menyokong.

Kongsi Hana lagi, setiap hujung minggu dia akan ikut ibunya ke Chow Kit, Kuala Lumpur untuk membeli barangang yang sudah dipesan pelanggan seawal jam 6 pagi, dengan menaiki bas.

“Daripada kecil memang saya rapat dengan emak sebab saya anak bongsu. Adik-beradik saya tiga lelaki dan tiga perempuan. Daripada kecil saya memang ikut apa yang emak buat ataupun apa yang diajar. Emak saya sudah meninggal, jadi bila impas kembali memori itu ia akan memberi makna.

Hana Shahadan

Kini, Hana berjaya membangunkan jenama MommyHana yang mempromosikan nilai Islam dalam memenuhi keperluan keluarga Muslim moden. Kisah hidupnya yang penuh inspirasi mendapat perhatian ramai, mendorong mereka untuk terus berjuang dan yakin pada diri sendiri.

“Daripada kecil memang saya rapat dengan emak sebab saya anak bongsu. Adik-beradik saya tiga lelaki dan tiga perempuan. Daripada kecil saya memang ikut apa yang emak buat ataupun apa yang diajar. Emak saya sudah meninggal, jadi bila impas kembali memori itu ia akan memberi makna.

Hana Shahadan

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

FOTO Sekitar Konsert DATO M.N45IR CIPTA

Saksi Shuk Berubah, Iqram Dinzly Hanya Nasihat Isteri Jangan Jadi Wanita Akhir Zaman, Buka Aib Suami