Konsert terbaru M. Nasir yang dinamakan “CIPTA,” berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, melambangkan keseluruhan karya seni Maestro berusia 66 tahun ini. Konsert yang dibawakan oleh Icon Entertainment ini menampilkan perjalanan M. Nasir dalam mencipta karya-karya hebat sepanjang lebih empat dekad dalam industri muzik.
Konsert “DATO’ M.N45IR CIPTA” bukan sahaja menampilkan lagu-lagu dari album solo M. Nasir, tetapi juga karya-karya magis yang pernah diciptanya untuk artis seperti Search, Alleycats, Awie, dan banyak lagi. Dengan iringan 25 pemuzik dan penyanyi latar, konsert ini menjanjikan pengalaman visual dan audio yang luar biasa dan tak terlupakan, menjadikannya sebuah persembahan yang mencipta sejarah tersendiri.
GIPHY App Key not set. Please check settings