in ,

Tanah Suci Jadi Saksi, Fattah Amin “Lelaki Melayu Terakhir” untuk Wanna Ali?

Mengisahkan pertemuan antara dua insan yang mempunyai latar belakang yang berlainan dan juga gaya hidup yang berbeza, mencetuskan cinta luar biasa antara mereka.

Drama terbaru di slot Samarinda, Lelaki Melayu Terakhir, menampilkan gabungan hebat dua pelakon terkenal, Fattah Amin dan Wanna Ali.

Lelaki Melayu Terakhir mengisahkan tentang Jazlan (Fattah Amin), seorang ustaz yang soleh, teguh dalam pegangan agama, dan menjalani kehidupan sederhana sambil cemerlang dalam pengajian Islam.

Sementara itu, Kasih (Wanna Ali) adalah seorang wanita moden yang menjalani hidupnya mengikut peraturan sendiri.

Ibu Jazlan, Alawiyah (Umie Aida), dan ibu Kasih, Khatijah (Liza Abdullah), merupakan sahabat baik yang berusaha untuk menjodohkan anak-anak mereka.

Namun, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, kedua-dua ibu tersebut sering gagal kerana Jazlan dan Kasih tidak sehaluan disebabkan perbezaan personaliti dan gaya hidup mereka.

Drama bersiri 26 episod ini diterbitkan oleh Rumah Karya Cinta dan diarahkan oleh Amor Rizan, menampilkan barisan pelakon ternama seperti Fattah Amin, Wanna Ali, Datin Paduka Umie Aida, Liza Abdullah, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Fazlina Ahmad Daud, Nabil Aqil, Zarul Imran, dan ramai lagi.

Drama ini akan mula disiarkan di TV3 bermula 5 Ogos 2024, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam. Anda juga boleh menonton episod baru 24 jam lebih awal melalui Tonton.

Anda juga boleh menontonnya secara eksklusif dalam HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk maklumat terkini tentang drama kegemaran anda, ikuti laman sosial TV3 di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram di @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kolaborasi Eksklusif Tudung Ruffle X POS Malaysia, Menghidupkan Kembali Kenangan Manis

Tak Mahu Anak Anak Keliru, Bella Astillah Halang Keluarga Aliff Aziz Berhubung