in ,

“Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Dia” Bella Astillah Doa Terbaik untuk Aliff Aziz

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendoakan yang terbaik untuk bekas suaminya, penyanyi Aliff Aziz, yang dikhabarkan kembali menyertai jemaah tabligh baru-baru ini.

Bella menjelaskan bahawa dia tidak ingin terlalu banyak memberi komen mengenai perkara tersebut kerana ia berkaitan dengan niat seseorang.

“Saya tidak tahu mengenai video yang tular di TikTok seperti yang diperkatakan. Saya tak mahu komen banyak. Itu kehidupan dia. Lagipun, kita tak tahu niat seseorang, kan? katanya ketika ditemui di sidang media Konsert Jiwa Malaysia 2024 hari ini.

“Kalau betul dia ingin berubah ke arah kebaikan, saya doakan yang terbaik untuk dia,”

Bella Astillah

Baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan Aliff bersama sekumpulan tabligh telah tular di media sosial.

Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok milik seorang individu dikenali sebagai Ustaz Haji Taufik, Aliff dilihat mengenakan serban putih dan berada di sebuah masjid di Singapura.

Melalui video tersebut, ustaz berkenaan mengingatkan orang ramai agar tidak mudah menghukum sesama manusia.

Sebelum ini, Aliff pernah terlibat dalam dakwah bersama kumpulan tabligh sekitar Ogos 2021.

Pada 13 Jun lalu, Bella dan Aliff sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Bella akan membuat persembahan bersama Bunkface, Spider, Hujan, Ruffedge, Insomniacks, dan Dolla di Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang akan diadakan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 7 September ini.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kunto Aji Bawa ‘Perjalanan Menawar Racun’ ke Kuala Lumpur

Pernah Ragu-Ragu, Sumie Azil Kini Jadi Sumber Inspirasi Positif Ramai Peminat