in ,

Kolaborasi Eksklusif Tudung Ruffle X POS Malaysia, Menghidupkan Kembali Kenangan Manis

Buat pertama kalinya, jenama tudung tempatan terkenal, Tudung Ruffle, dengan bangganya mengumumkan kerjasama istimewa bersama POS Malaysia untuk mengimbau kenangan kita semua membesar dengan perkhidmatan POS Malaysia, dari pengalaman berbalas surat, poskad, kad raya sehingga kepada pembelian atas talian.

Majlis pelancaran kolaborasi ini berlangsung dengan meriah di Dewan Seri Pos, Ibu Pejabat Pos Malaysia (Kompleks Dayabumi), yang dihadiri oleh lebih daripada 100 orang tetamu.

Pelancaran ini turut diserikan dengan gimik khas, di mana pelakon terkenal Remy Ishak memainkan peranan sebagai “Abang Pos” dengan menghantar surat dan parcel menggunakan basikal sebagai simbolik pelancaran kerjasama ini.

Acara ini juga merayakan sumbangan besar POS Malaysia yang telah menjadi penghubung penting bagi rakyat Malaysia sejak tahun 1880-an.

Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk mengenang semula kenangan manis bersama POS Malaysia serta memberi penghargaan kepada ribuan posmen dan pekerja di POS Malaysia atas segala usaha mereka. Tanpa dedikasi mereka, hubungan antara kita semua tidak akan terjalin dengan rapat. Kolaborasi ini diharapkan dapat membangkitkan semangat kebangsaan, kehormatan, dan penghargaan kepada setiap pemakainya.

Koleksi ini hadir dengan empat rekaan tudung eksklusif yang terdiri daripada Koleksi Warisan, Candawara, Warkah, dan Alur. Setiap rekaan diilhamkan oleh POS Malaysia serta semangat perpaduan bangsa, menampilkan motif yang mencerminkan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Motif-motif tersebut diambil daripada budaya Melayu, Cina, dan India yang melambangkan keharmonian dan perpaduan di negara ini. Rekaan koleksi Warkah juga menonjolkan elemen surat-menyurat yang telah lama menjadi medium penghubung antara manusia, sejajar dengan tema “Connecting Lives”. Koleksi ini diharapkan dapat membangkitkan nostalgia dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tudung Ruffle dan POS Malaysia berasa bangga dengan kerjasama ini dan berharap ia dapat mempereratkan lagi hubungan dalam masyarakat. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi eksklusif ini kerana stok adalah terhad.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Pemain Piano Lagenda Richard Clayderman Akan Adakan Konsert di Kuala Lumpur pada 19 Oktober

Tanah Suci Jadi Saksi, Fattah Amin “Lelaki Melayu Terakhir” untuk Wanna Ali?