Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina binti Sidek, merasmikan koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA dalam majlis di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Koleksi khas Tudung FAZURA Purple Label ini terhasil daripada kerjasama antara kelab PROSPEC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan FAZURA sebagai sebahagian daripada program sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-67.
Koleksi Merdeka 2024 ini menampilkan 12 rekaan unik dengan pelbagai warna yang selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’.
Rekaan ini berinspirasikan warna Jalur Gemilang, landskap ikonik tempatan, dan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, dengan setiap rekaan mencerminkan semangat kebebasan negara dan pencapaian dinamik rakyatnya.
Majlis peluncuran turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Noorhuda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM, YBhg. Dato’ Ahmad Firdaus bin Baharuddin, Penasihat Kelab PROSPEC KPM, Setiausaha Bahagian KPM, dan hampir 300 tetamu jemputan.
Selepas peluncuran, majlis diteruskan dengan makan tengah hari dan persembahan oleh artis jemputan, Ella. Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA adalah kerjasama pertama seumpamanya antara kelab penjawat awam dan jenama FAZURA untuk sambutan Hari Kebangsaan.
Diharapkan lebih banyak kerjasama seperti ini akan diteroka untuk manfaat bersama, terutamanya dalam konteks kerjasama awam-swasta yang memberikan faedah kepada masyarakat.
Organisasi awam dan swasta yang berminat untuk mendapatkan koleksi khas ini pada harga korporat boleh menghubungi wakil PROSPEC KPM melalui WhatsApp di 017-4469726. Pembelian dalam talian boleh dibuat di laman rasmi www.fazura.com, aplikasi FAZURA, dan ShopeeMall FAZURA Official Store.
GIPHY App Key not set. Please check settings