in , ,

“Saya Sihat” – Nonny Muncul Buat Kali Pertama Di Khalayak Ramai, Mahu Kembali Aktif

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah, 35, kembali muncul di khalayak ramai selepas tiga tahun menyepikan diri dari dunia seni. Nonny atau nama penuhnya Nonny Nadirah Zainuddin menjelaskan bahawa tempoh menyepi tersebut bukanlah rehat yang dirancang.

Menurutnya, “Perkara ini terjadi secara tidak langsung. Selama tiga tahun saya banyak menyendiri dalam dunia saya sendiri dan tidak bercampur dengan orang. Sekarang baru saya terbuka hati untuk bertemu dengan orang dan menerima tawaran untuk membuat persembahan.”

Ketika ditemui di sebuah festival makanan di Kajang, Nonny juga mengakui bahawa salah satu faktor dia menjauhkan diri adalah kerana patah hati selepas putus cinta dengan aktor Niezam Zaidi. “Tidak dapat dinafikan, itu antara salah satu faktor. Tetapi sebenarnya juga disebabkan keadaan sekeliling yang berubah,” jelasnya.

View this post on Instagram

A post shared by F8Buzz (@f8buzz)

Nonny menyatakan bahawa sewaktu menyertai Akademi Fantasia musim kelima, semuanya masih baik. Namun, setelah beberapa tahun, dia mula merasa tidak selesa dengan perubahan dalam industri seni. “Saya rasa semuanya tidak sama seperti dulu. Mungkin kerana pelakon zaman sekarang berbeza,” tambahnya.

Untuk kembali dalam bidang lakonan, Nonny yang terkenal dengan drama Dia Isteri Luar Biasa kini lebih memilih naskah. “Yang penting bagi saya adalah siapa gandingan dan kumpulan yang saya bekerja. Kerjasama yang baik adalah penting untuk menghasilkan naskah yang berkualiti,” katanya.

Nonny juga pernah mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambarnya berendam dalam besen pada tahun 2021. Terbaru, dia dilihat kembali berkelakuan pelik di media sosial, seperti video botakkan kepala dan ulasan produk sambil bertuala. Video-video tersebut mencetuskan reaksi negatif dari netizen.

“Saya ada sebab tersendiri mengapa berkongsi kandungan tersebut, tetapi ia bukan untuk meraih publisiti. Video botakkan kepala tu bertujuan memberitahu orang bahawa mereka boleh potong rambut sendiri di rumah dan jimat duit. Video ulasan sambil bertuala pula untuk mempromosikan produk tersebut,”

Nonny

Dia juga bingung mengapa dia sering menjadi sasaran netizen, sedangkan ada artis lain yang memuat naik kandungan yang lebih kontroversi. “Kalau nak kata saya gila perhatian, pada saya semua orang yang ada akaun media sosial adalah gila perhatian dalam cara mereka sendiri,” ujarnya.

Beralih ke soalan peribadi, Nonny mengakui bahawa dia kini masih solo dan tidak bersedia untuk menjalin hubungan baru. “Saya tidak bersedia untuk komitmen baru. Cukuplah dengan pengalaman lalu. Saya lebih utamakan diri sendiri sekarang,” katanya.

Nonny juga dilihat aktif memperjuangkan nasib saudara Islam di Palestin dan merancang untuk melancarkan lagu khas untuk Palestin tidak lama lagi.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hyper Act Terpaksa Berduet Kerana Diganggu Makhluk Halus Masa Buat OST Jangan Pandang Belakang 2!?

Semarakkan Semangat Sukan dengan Piza Large RM1 dari Domino’s