in ,

Kopi Saigon Perkenalkan Dark System Series, Kolaborasi Bersama Soloz dan XK Penjahat

Jenama kopi Vietnam, Kopi Saigon berkolaborasi dengan dua personaliti popular E-Sukan , Soloz dan XK Penjahat untuk pelancaran Dark System Series.

Dark System Series memperkenalkan tiga produk minuman baharu Kopi Saigon yang dibuat khas untuk para pemain E-Sukan dengan tanda harga yang berpatutan.

Dari kiri, Soloz, Asyraf Kamal (pengasas Kopi Saigon) dan XK Penjahat.

Tiga minuman baharu itu ialah Dark Fighter (Vanilla Choco) berharga RM10 , Dark Assassin (Apple Passion) berharga RM11, dan Dark Mage (Milky Peach Passion) berharga RM12.

Menurut Pengasas Kopi Saigon, Asyraf Kamal kerjasama ini mampu membantu mencapai sasaran pasaran dan lebih dikenali ramai.

Sidang media pelancaran Kopi Saigon, Dark System Series.

“Kolaborasi ini adalah langkah strategik kami untuk memperkenalkan Kopi Saigon kepada lebih ramai orang.

“Kami percaya dengan kerjasama bersama Soloz dan XK Penjahat, kami dapat mencapai sasaran pasaran yang lebih luas dan berbeza selepas ini.

“Kami sangat teruja dengan potensi yang ada dan berharap semua pihak dapat menikmati produk baru ini,” katanya.

Pengasas Kopi Saigon, Asyraf Kamal.

Tambah Asyraf, tiga jenis minuman ini hanyalah permulaan dan beberapa produk minuman lagi bakal dikeluarkan bersempena kolaborasi Dark System Series ini pada masa akan datang.

Selain minuman, kolaborasi ini turut memperkenalkan pelbagai produk baru yang lain seperti “Lanyard Dark System Series”, “Sticker Pack Dark System Series”, “Flask Dark System Series”, dan “Keychain Dark System Series”.

Kesemua produk ini akan mula dijual di Kedai Tiktok Kopi Saigon HQ bermula 27 Julai 2024. 

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ku Percaya, Taruhan Terbaru Kat Roshan

Kolaborasi Insomniack, Nabila Taqiyyah ‘Belum Mulai’