Setelah lima bulan bersiaran, program pagi kegemaran ramai “Nasi Lemak Kopi O” (NLKO) kembali dengan musim dan wajah baharu yang lebih segar mulai 3 Julai 2024.
Ia akan disiarkan secara langsung di TV9 setiap Rabu hingga Jumaat pada jam 10.30 pagi. Bersiaplah untuk menikmati kandungan baru yang lebih padat dan berinformasi.
Sejak kembali bersiaran pada 17 Januari lalu, NLKO telah menarik lebih 6 juta penonton hingga Mei 2024. Musim baharu ini menawarkan pelbagai segmen menarik dengan penyusunan semula yang lebih dinamik, menggabungkan hiburan santai dan perbincangan isu semasa, serta barisan pengacara dari pelbagai genre.
Musim baharu NLKO mengekalkan tujuh pengacara versatil seperti Erra Fazira, Fizo Omar, Fakhrul Radhi, Muaz Mohamed, Irfan Ali, Syamira Nazir, dan Qila Shahirah.
Mereka akan membawakan segmen-segmen baru seperti ‘Viral’, ‘Santai NLKO’, ‘Oyenko’, ‘Resolusi Resepi’, dan ‘Petua Orang Dulu-Dulu’, serta hiburan dari busker tempatan. NLKO juga akan menampilkan lebih ramai usahawan tempatan untuk berkongsi tips kejayaan dan inspirasi berniaga.
Fizo Omar berkongsi bahawa gabungan pengacara lama dan baru memperkaya konsep NLKO dengan variasi kandungan baru. Dengan penggunaan media sosial, NLKO dapat mengetahui kecenderungan penonton dan menyajikan kandungan yang mereka inginkan.
Selain itu, NLKO juga menjadi platform bagi peniaga tempatan untuk memperkenalkan produk mereka.
Tetapkan janji temu anda bersama NLKO mulai 3 Julai 2024, setiap Rabu hingga Jumaat, pukul 10.30 pagi hanya di TV9 atau strim melalui Tonton.
Siaran ulangan NLKO juga boleh ditonton pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad pada jam 7.50 malam hingga 8.30 malam. Untuk maklumat terkini tentang program-program TV9, ikuti platform media sosial rasmi @TV9Malaysia.
GIPHY App Key not set. Please check settings