Penyanyi dan penulis lagu, Meer Nash hampir lemas ketika melakukan pengambaran single terbarunya berjudul Overwhelming.
Menurut Meer, dia tidak menyangka babak air sangat sukar dilakukan dan berjanji tidak akan melakukan penggambaran dalam air lagi.
“Saya seorang yang takut dengan air dan tidak menyangka penggambaran dalam air memerlukan usaha yang sangat banyak dan sebenarnya susah. Ada satu adegan dalam kolam renang, saya hampir lemas!
“Nasib baik Katrina ada untuk selamatkan saya, tetapi kerana berat badan saya lebih daripada dia, saya yang tengah menggelupur secara tidak sedar menarik dia sekali masuk dalam air,” ujar Meer Nash.
Berkongsi tentang single terbarunya, Overwhelming merupakan ciptaan sepenuh Meernash dan ianya dicipta berdasarkan pengalamannya lima bulan lalu.
“Lima bulan lalu, saya berada dalam keadaan yang paling sedih yang pernah saya alami. Saya hilang arah berasa keseorangan, kerana sesuatu yang berlaku dalam hidup saya.
“Hanya muzik serta sokongan peminat yang dapat menyelamatkan saya. Maka terciptalah Overwhelming, yang sangat peribadi dan dekat di hati saya untuk dikongsi dengan semua,” katanya.
Walaupun bekas peserta Big Stage 2023 itu akur sukar mempertaruhkan lagu bahasa Inggeris di Malaysia namun tetap melakukan yang terbaik dalam penghasilan single terbarunya.
“Saya tahu mempertaruhkan lagu Inggeris di Malaysia agak sukar, tetapi ia merupakan impian saya sebagai peminat muzik Barat.
Walaupun lagu ini pada mulanya adalah “projek suka-suka”, Meer Nash “all out” bukan sahaja dalam proses pembikinan lagu, tetapi juga mengarah video muzik,” katanya lagi.
Overwhelming bermaksud membebankan yang mengisahkan tentang individu yang mencari cinta, dan kasih sayang begitu mendalam sehingga tiada siapa yang dapat menerimanya sepenuhnya seperti yang diharapkan.
Overwhelming kini boleh di dengar di semua pelantar muzik digital manakala video muzik pula boleh di tonton di akaun Youtube rasmi Meer Nash.
GIPHY App Key not set. Please check settings