Program “Hello Kedah” yang akan diadakan pada 5 Julai 2024 di Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, merupakan hasil kerjasama antara Nu Ideaktiv dan Astro.
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat, serta mengukuhkan hubungan silaturahim melalui platform interaksi dan aktiviti komuniti.
Selain itu, program ini juga menyediakan peluang bagi penduduk Kedah untuk meningkatkan pendapatan dengan menjadi vendor jualan makanan dan minuman, serta menawarkan peluang pekerjaan melalui penggunaan tenaga kerja tempatan untuk pengurusan dan pelaksanaan acara.
Program ini turut menyokong ekonomi tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan tempatan.
“Hello Kedah” menampilkan pelbagai aktiviti dan persembahan untuk semua peringkat umur, termasuk senaman “Pound Stick,” Himpunan citi-cita Bintang Kecil, pertandingan mewarna Bintang Kecil, dan gunting rambut percuma di booth Ideaktiv.
Program ini juga merasmikan pelancaran aplikasi seeNI dan laman web KLiiK. SeeNI menggabungkan lebih dari 20 portal majalah terkemuka, sementara KLiiK adalah portal komuniti aktif yang menawarkan pelbagai aktiviti dan manfaat bagi pengguna.
Acara ini akan dimeriahkan oleh kehadiran selebriti tempatan seperti Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, Shiha Zikir, Naqiu, Sepahtu, dan banyak lagi, yang akan berinteraksi dengan pengunjung melalui sesi autograf dan bergambar.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim, menyatakan kebanggaan dapat bekerjasama dengan Astro dalam menganjurkan program ini, serta memperkenalkan aplikasi seeNI dan laman web KLiiK.
Sinergi antara Nu Ideaktiv dan Astro dilihat sebagai contoh terbaik bagaimana dua entiti besar dapat membawa manfaat kepada komuniti.
Diharapkan program “Hello Kedah” akan memberikan impak positif kepada masyarakat dan ekonomi tempatan.
GIPHY App Key not set. Please check settings