PETALING JAYA, 29 Jun – Kemuncak Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Petaling Jaya di Laman MBPJ berjaya menarik lebih 8,000 orang. Dirasmikan oleh EXCO Pembangunan & Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Puan Anfaal binti Saari, acara turut dihadiri Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Haji Mohamad Zahri Samingon.
Pada majlis yang sama, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut membuat pra pelancaran International Folklore Festival 2025.
Selangor pada tahun 2015 telah mengisytiharkan Bandaraya Petaling Jaya sebagai sebuah Kota Seni, selaras dengan komitmen berterusan dan pencapaian MBPJ dalam usaha mempromosikan Bandaraya Petaling Jaya sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa yang berasaskan kepada kepelbagaian dan keharmonian kesenian dan kebudayaan tempatan.
Penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival ini telah diklasifikasikan sebagai Government to Government Cultural Project dan pada tahun 2018 telah diiktiraf sebagai International Cultural Exchange Program oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Pengisian 2025 masih mengekalkan inisiatif memartabatkan lima tonggak seni budaya iaitu persembahan kebudayaan, makanan, permainan rakyat, busana dan seni silat. Sasaran penyertaan Kontinjen untuk penganjuran 2025 adalah sebanyak 25 kontinjen.
Bandaraya Petaling Jaya Bandar Bahagia
Tahun ini juga, MBPJ telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2024 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (Happiness Index) Peringkat Kebangsaan yang bertemakan “Bahagia Bersama Malaysia MADANI”.
Ini menjadikan sambutan ulang tahun MBPJ lebih bermakna buat semua penduduk Petaling jaya.
Sebanyak 37 aktiviti dan program dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2024 bagi mengeratkan hubungan di antara MBPJ dengan warga Petaling Jaya. Selain itu, objektif perlaksanan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan penyertaan dari semua peringkat komuniti.
Dalam perarakan, sebanyak dua kategori akan dipertandingkan iaitu kategori Majlis Perwakilan Peduduk dan kategori terbuka yang melibatkan penglibatan agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Hampir 400 orang peserta akan menyertai perarakan dengan jumlah
keseluruhan 13 penyertaan untuk merebut tempat pertama yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta sijil dan plak. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan RM1,000 beserta sijil dan plak.
MBPJ komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan usaha untuk mencetuskan dan melaksanakan inisiatif untuk warga Bandaraya Petaling Jaya.
Oleh itu, bagi menghargai warga Petaling Jaya dan sempena sambutan ulangtahun, sebanyak 37 program yang dirancang sepanjang bulan Jun 2024 bagi mengeratkan hubungan MBPJ dan warga Petaling Jaya.
Antara pengisian lain sepanjang bulan ini termasuk PJ Berselawat, Sukan Komuniti, Sumbangan PJ Prihatin dan PJ Tower Run.
Kemuncak sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Petaling malam ini diserikan dengan perarakan melibatkan Majlis Perwakilan Peduduk dan agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh artis tanah air seperti Fahimi Rahmat, Victoria Ng, Santesh, Black Mentor, Aisha Retno dan pertunjukan bunga api.
GIPHY App Key not set. Please check settings