in ,

LISA Lancar Single & Video Baharu ‘Rockstar’

Rapper, penyanyi, penari, dan ikon fesyen terkenal dunia, LISA (Lalisa Manobal) telah melancarkan single baharunya, “Rockstar,” melalui LLOUD Co./RCA Records.

“Rockstar” mempamerkan keupayaan LISA untuk mengalir antara rap yang tangkas dan vokal pop bertenaga tinggi sambil menyanyikan, “​​Gold teeth sitting on the dash she a rockstar. Make your favorite singer wanna rap baby lala.” Single baharu ini dihasilkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee.

Seiring dengan lagu tersebut, LISA juga telah berkongsi video rasmi untuk “Rockstar” yang diarahkan oleh Henry Schofield dan dikoreografikan oleh Sean Bankhead.

Video yang dirakam di Bangkok ini menampilkan LISA yang menguasai kota dengan penghormatan kepada budaya Thai dan kehidupan jalanan yang asli sambil menampilkan tarian yang memukau.

“Rockstar” adalah single solo pertama LISA yang dikeluarkan di bawah kerjasama baharu dengan syarikat pengurusannya LLOUD Co. dan RCA Records.

Ditubuhkan awal tahun ini, LLOUD CO. diasaskan oleh LISA untuk mewujudkan platform bagi menampilkan visi keseluruhannya dalam muzik dan hiburan yang melampaui batasan.

LISA paling dikenali sebagai ahli salah satu kumpulan gadis K-pop paling popular, BLACKPINK. Di luar kejayaannya dengan BLACKPINK, LISA telah memecahkan beberapa rekod global sebagai artis solo dengan single “Lalisa” dan “Money” yang tersenarai dalam top 10 Billboard Global 200, serta “Money” yang memegang rekod sebagai lagu solo artis wanita K-pop yang paling lama bertahan di carta Billboard Hot 100 di AS dan carta Singles di UK.

Selain muzik, LISA akan membintangi musim terbaru siri HBO Original yang popular, The White Lotus musim 3. Peranan ini akan menandakan debut besar di layar dan penggambaran dilakukan di tanah kelahirannya, Thailand.

Selain penguasaannya dalam muzik dan kehadiran pentas yang tiada tandingan, LISA dikenali dengan fesyen unik dan gaya yang trendi, menjadikannya kekuatan utama dalam industri fesyen global. Dia telah menjalinkan beberapa kerjasama besar dan kini menjadi wajah bagi jenama Bulgari.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Jom Meriahkan Karnival Jom Heboh di Melaka!

Bob Yusof Kembali dengan Single Terbaharu ‘Enigma’