Pelawak dan pengacara Malaysia, Nabil Ahmad, telah menerima kritikan yang sengit selepas wawancara beliau dengan Ustaz Harry dalam program MeleTOP baru-baru ini.
Kecaman yang hebat muncul ketika Nabil Ahmad membawa isu ‘Ustaz Selebriti’ yang sedang “direhatkan” dari penampilan di televisyen menjadi perbualan hangat di kalangan ramai.
Dalam wawancara tersebut, Nabil Ahmad ditegur kerana kenyataannya yang menggambarkan beberapa individu sebagai orang yang ‘terlalu pandai dan memberi hasutan’.
Nabil Ahmad telah memohon maaf atas kata-katanya yang berlebihan semasa menjadi pengacara program hiburan secara langsung di sebuah stesen TV swasta baru-baru ini.
Kontroversi timbul apabila klip video viral membangkitkan isu mengenai ramai asatizah, terutamanya Ustaz Don Daniyal, yang dikatakan sedang menghadapi “ujian” dengan beberapa di antaranya diambil tindakan untuk “direhatkan” dari berceramah atau mengendalikan program.
“Saya Nabil Ahmad, pada bulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai kata ada ayat saya mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu.
“Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri.”
Nabil secara terus terang menyatakan bahawa situasi ini dipicu oleh tuduhan hasutan daripada pihak tertentu berkaitan dengan isu “direhatkan” tersebut. Baginya, perkara ini tidak seharusnya berlaku jika boleh dibincangkan dengan baik.
Kontroversi ini berakar daripada peristiwa Don Daniyal semasa mengendalikan program Salam Baitullah di RTM, yang mengakibatkan teguran daripada Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman.
Don Daniyal diarahkan untuk berehat sementara selepas membuat kenyataan kontroversial mengenai Rasulullah SAW, namun beliau dibenarkan untuk bersiaran semula seminggu kemudian sebelum kembali mengulangi kesilapannya.
Tindakan sekali lagi diambil untuk menghentikan Don Daniyal daripada mengendalikan program Salam Baitullah selepas kekeliruan yang timbul berhubung berpuasa pada hari Tasyrik.
Komentar ini juga mendapat teguran dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Na’im Mokhtar.
Don Daniyal segera meminta maaf kepada masyarakat melalui media sosial.
Nabil, yang juga menjadi hos program realiti “The Hardest Singing Show” bersama Rina Nose, berjanji untuk lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan pada masa akan datang.
GIPHY App Key not set. Please check settings