in ,

Coldplay Perkenal Album Ke-10 dengan Bahan Kitar Semula

Coldplay akan melancarkan album ke-10 mereka, Moon Music, pada 4 Oktober dengan menggunakan bahan kitar semula. Piring hitam album ini dibuat dari botol plastik terpakai, dan mereka juga menghasilkan buku nota edisi khas yang 70% bahannya berasal dari plastik buangan sungai Rio Las Vacas di Guatemala.

Anggota kumpulan ini, Chris Martin (penyanyi), Johnny Buckland (gitar), Guy Berryman (bass), dan Will Champion (dram), menyatakan bahawa pendekatan ini dapat mengurangkan pembebasan karbon sebanyak 85% dan menghalang penghasilan lebih 25 tan plastik.

Coldplay terkenal dengan usaha pemeliharaan alam sekitar dalam setiap aktiviti seni mereka. Pengeluaran piring hitam telah meningkat sejak sedekad lalu, tetapi bahannya dari PVC memerlukan satu abad untuk mereput di tapak pelupusan sampah.

Artis lain seperti Billie Eilish, Idles, Brent Faiyaz, dan Holly Humberstone juga telah mula menggunakan piring hitam kitar semula yang mesra alam.

Untuk album ini, Coldplay kembali bekerjasama dengan penerbit muzik pop Sweden, Max Martin, yang juga menerbitkan album mereka sebelum ini, Music Of The Spheres pada 2021.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Nabil Ahmad Mengakui Kesalahan, Minta Maaf Isu Ustaz Direhatkan

Ajak & Shahrol Berdamai, Buang Ego Demi Pershabatan