in

Kamal Bakar Separa Sedar, Kanser Paru-Paru Merebak ke Tahap 4

Pelakon Kamal Bakar kini berada dalam keadaan separa sedar selepas dua minggu ditidurkan akibat komplikasi kanser paru-paru tahap empat.

Anaknya, pelakon Muhammad Hanis Kamaruldzaman, menyatakan bahawa jururawat melaporkan bapanya mula menunjukkan tindak balas sejak tengah hari Ahad lalu.

Kamal telah menggerakkan anggota badan, sehingga tangannya diikat untuk mengelakkan dia mencabut wayar mesin bantuan pernafasan.

Menurut Hanis, doktor telah mengesahkan kanser paru-paru bapanya sudah berada pada tahap empat dan sel-sel kanser telah merebak ke beberapa bahagian badan termasuk dada, saluran darah, dan rusuk.

Hanis memohon doa orang ramai

Imbasan CT juga menunjukkan adanya tompokan di otak, menandakan serangan strok ringan. Kini, Kamal mengalami jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru, dan sedang menerima antibiotik untuk mengatasi masalah ini.

Hanis memohon doa orang ramai agar keadaan bapanya bertambah baik untuk meneruskan rawatan kemoterapi.

Beliau juga menjelaskan bahawa pembedahan tidak dapat dilakukan kerana kanser sudah berada di tahap empat, menjadikan kemoterapi satu-satunya pilihan untuk mengecutkan sel kanser tersebut.

Kamal telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka pada 4 Jun lalu akibat komplikasi kanser paru-paru dan kekurangan oksigen.

Beliau dibawa ke hospital selepas keluarga mendapati perubahan sikapnya yang enggan bercakap dengan sesiapa, walaupun tidak menunjukkan tanda-tanda sakit.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Nikmati Makanan Laut Di Tahap Maksimum Di Festival Seafood 2024 di Sunway Putra Mall

Foodpanda Perkenalkan ‘panda cares’ untuk Peningkatan Kesejahteraan Rakan Penghantar