in ,

Nikmati Makanan Laut Di Tahap Maksimum Di Festival Seafood 2024 di Sunway Putra Mall

Selepas kejayaan Nasi Kandaq Fest, FriedChillies bersama Sunway Putra Mall kembali lagi dengan Seafood Festival 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 23 Jun ini.

Sebanyak 15 gerai dari 11 vendor hebat dalam makanan laut, Seafood Festival 2024 menawarkan pengalaman merasai makanan laut yang berkualiti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Mohd Adly Rizal, FriedChillies mengambil masa lapan bulan dalam mencari dan memilih restoran yang menawarkan makanan laut yang mengikuti kriteria mereka.

“Kami mengambil masa lapan bulan untuk proses mencari, memilih dan memujuk restoran-restoran yang menawarkan makanan laut yang berkualiti serta harga yang berpatutan,” ujarnya ketika sidang media Seafood Festival 2024 yang berlangsung di Sunway Putra Mall semalam.

Terdapat 11 vendor yang terdapat di Seafood Festival 2024:

Penang Oyster Park

Setelah 13 lebih tahun membuat kajian, POP akan bawa tiram tempatan yang diternak khas untuk air
bersuhu tropika yang boleh dinikmati bersama mussel tempatan. Anda boleh mencuba tiram segar dari Penang dengan harga berpatutan.

Kingu Kongu

Izakaya tempatan yang menyediakan hidangan Jepun yang Halal. Menyediakan maki
yang penuh dengan umami, tamago dan ‘rice bowls’ yang enak. Disyorkan untuk mencuba pizza sashimi yang tebal dihidangkan atas kulit wantan.

MRos, Port Dickson

Pengusaha ladang udang dari PD dengan udang galah yang segar, terus dari ladang mereka. Udang galah ini akan dimasak dengan pasta dan juga digril membuatkan anda semua puas menikmati rasa udang.

Ombak Kitchen

Bertempat di Bangsar, mereka membuat hidangan makanan laut gerai cajun bersama tiga sos istimewa.
Anda boleh mencuba udang dan sotong bersama mentega lemon, sos cajun istimewa dan juga sos cili
coklat. Mereka juga akan menyediakan ketam cili dan tiram bakar.

Grill Haven

Bayangkan roti yang berinti ebi dalam sos berkrim. Pada hari pesta mereka akan menyediakan ebi haven dan ebi mentai. Sos mereka memang sesuai dengan rasa udang. Inti dimasukkan dalam roll yang disapu mentega dan dibakar bersama paprika dan daun bawang. Oishi!

Ikan Bakar Bellamy

Ini nama otai dalam arena ikan bakar. Peminat-peminat ikan bakar tanahair memang suka akan
rempah ratus yang digunakan dan juga kemahiran membakar. Mesti cuba ikan pari bakar dan juga
sotong bakar.

Crispy Chippy

Teringin fish and chips? Tempat ini menyedikan fish and chips dari ikan perch dengan adunan batter yang ringan dan rangup. Kami suka mushy peas di sini- memang secocok dengan fish and chips. Mereka juga akan buat kombo Perch vs Dory khas untuk acara ini.

Cwtch Fish and Chips

Walaupun bertempat di kiosk tapi kualiti masakannya setanding dengan restoran. Menu ringkas memberikan anda peluang untuk menikmati makanan denggan lebih baik. Cwcth Fish and Chips akan memberi fokus kepada Perch Fish and Chips yang dihidangkan dengan kentang yang gebu dan juga sos tartare yang lemak. Mereka juga telah berganding dengan Chef Fazley Yaakub untuk menghasilkan sos lemak cili api yang memang layan dengan fish and chips mereka.

Top Catch

Tempat artisan ini mendapatkan seafood yang paling segar dari pengusaha makanan laut dan
membuat hidangan-hidangan yang sedap seperti fish and chips, oyster goreng dan juga sashimi bowls. Hidangan power di sini adalah oyster goreng yang juicy and ikan shamo! Kalau anda peminat sashimi nantilah sashimi mereka yang tebal dan segar masa pesta nanti, semua pada harga promosi.

Bolok Troops

Ini masakan seafood ala Thai. Mesti cuba sotong bakar. Meraka akan membawa
hidangan baru ke pesta ini iaitu kerabu maggi oyster dan juga kerabu maggi sotong. Kalau anda
suka sefood yang pedas-pedas masam mereka ada sos ikan thai yang digandingkan dengan
seafood. Mantap!

Sushika

Maki mereka memang digemari ramai dan selalu dicari di pesta-pesta makanan. Jangan lupa untuk cuba Prawn Tempura Maki- udang crispy dalam nasi sushi dan juga Unagi Maki- unagi yang bersos pekat dalam seaweed roll. Banyak lagi maki yang boleh dinikmati jadi datanglah beramai-ramai.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sepanjang Seafood Festival 2024 berlangsung antaranya pertandingan makan, pertandingan mewarna, persembahan dari Disko Santan dan banyak lagi.

Bagi anda yang gemarkan makanan laut, jangan lupa untuk hadirkan diri di Sunway Putra Mall hujung minggu ini sambil memakai pakaian bertemakan pantai.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dahlia Rizal Dilantik sebagai Duta K-Colly

Kamal Bakar Separa Sedar, Kanser Paru-Paru Merebak ke Tahap 4