Personaliti media sosial, Dahlia Rizal, telah dilantik sebagai duta bagi produk baharu jenama makanan kesihatan tambahan popular, K-Colly.
Menurut Pengurus Besar K-Colly, Mohd Zulkifli Hussain, pemilihan Dahlia sebagai duta adalah kerana imejnya yang sesuai dengan jenama tersebut.
“Sebelum memilih Dahlia, pihak kami menapis ramai selebriti dan pempengaruh yang lain.
“Namun, kami memilih Dahlia kerana pengaruh, kredibiliti dan kesesuaiannya bersama produk kami,”
-Mohd Zulkifli Hussain-
Mohd Zulkifli menjelaskan bahawa pemilik nama Nur Dahlia Ahmad Rizal ini juga dipilih kerana pengikut media sosialnya termasuk dalam kumpulan sasaran pelanggan K-Colly. Oleh itu, pemilihan Dahlia yang berusia 23 tahun ini adalah keputusan tepat untuk K-Colly.
Sementara itu, Dahlia meluahkan rasa terujanya dapat bekerjasama dengan K-Colly, walaupun menyedari tanggungjawab besar yang menantinya.
“Saya bersyukur atas rezeki dan jalinan kerjasama ini. Sejujurnya saya akan pastikan saya mencuba sesuatu produk sebelum bersetuju untuk bekerjasama.
“Sama seperti K-Colly, saya juga telah menggunakannya dan melihat sendiri kesan yang positif.-Dahlia Rizal-
“Jadi, sebab itu saya yakin dengan produk ini dan berharap dapat membantu lebih ramai orang untuk memiliki kulit yang lebih sihat”.
K-Colly turut mengambil kesempatan untuk menyumbang sebanyak RM100,000 kepada Yayasan Nurjiwa sempena Hari Arafah, dengan tujuan meringankan beban rakyat Palestin.
Selain itu, pelanggan K-Colly kini berpeluang memenangi Perodua Axia dan tajaan umrah dengan memuat naik ulasan penggunaan produk K-Colly di aplikasi TikTok.
GIPHY App Key not set. Please check settings