in ,

Ustaz Don Direhatkan Sementara dari Program Salam Baitullah, Demi Redakan Ketegangan.

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan bahawa pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, telah direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan RTM.

Keputusan ini diambil untuk meredakan ketegangan di media sosial berikutan pertikaian mengenai kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang didakwa diceritakan oleh Ustaz Don.

Suhaimi menjelaskan, “tindakan ini bukan hukuman tetapi bertujuan untuk mengelakkan pertelagahan netizen yang berpanjangan dan melindungi kredibiliti program Salam Baitullah”.

Ustaz Don Direhatkan daripada Salam Baitullah.

Kontroversi bermula apabila Ustaz Don mendakwa Nabi Muhammad SAW pernah melamar Ummu Hani sebanyak tiga kali dan menyebutnya sebagai cinta pertama Baginda. Meskipun mendapat teguran daripada beberapa tokoh agama, Ustaz Don bertegas dengan dakwaannya.

Suhaimi menafikan tindakan ini sebagai hukuman dan menyatakan keputusan dibuat untuk mengelakkan kontroversi yang boleh menjejaskan program Salam Baitullah.

Ustaz Don menerima keputusan RTM dengan hati terbuka dan memahami syarat yang ditetapkan untuk tidak terlibat dalam kontroversi.

Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan meragui dakwaan Ustaz Don tentang Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW, menegaskan pentingnya menyatakan perkara yang benar berasaskan dalil yang kukuh terutama mengenai Baginda.

Salam Baitullah menampilkan barisan panel pendakawah tekemuka tanahair, program tersebut disiarkan pada musim haji, dari 2 Jun hingga 17 Jun.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

IKHLAS Qurban Musim 5: Menyantuni 100,000 Penerima di Dalam dan Luar Negara

Kronologi Kes Pembunuhan Zayn Rayyan.