in ,

Kronologi Kes Pembunuhan Zayn Rayyan.

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan membabitkan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 7 tahun, Disember tahun lalu.

Pada 5 Disember 2023, Zayn Rayyan Abdul Matiin, seorang kanak-kanak autistik berusia 7 tahun, dilaporkan hilang selepas bermain di taman berhampiran rumahnya.

  • Menurut ibunya, Zayn tiba-tiba hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di tingkat dua, selepas mengekorinya dari belakang.
  • Kali terakhir dia dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran.
  • Keluarga mangsa segera melaporkan kehilangan tersebut di media sosial dan kepada pihak polis.
  • Penduduk tempatan turut membantu mencari Zayn dan mengadakan solat hajat.
  • Misi pencarian diteruskan dengan bantuan pihak berkuasa dan orang ramai di lokasi terakhir Zayn dilihat.

6 Disember 2023,

  • Mayat Zayn Rayyan ditemukan di anak sungai sekitar 200 meter dari rumahnya pada pukul 10 malam.
  • Polis menyatakan bahawa lokasi penemuan tersebut telah digeledah oleh Unit Anjing Pengesan (K9) pada hari sebelumnya.

7 Disember 2023

  • Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mangsa dibunuh.
  • 8 Disember 2023, polis mengumumkan langkah-langkah berikut dalam siasatan pembunuhan Zayn Rayyan:
  • Individu dengan rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan seksual, akan ditapis oleh pihak polis.
  • Tapisan besar-besaran (mass screening) akan dijalankan, melibatkan data cap jari mereka yang mempunyai rekod jenayah.
  • Mereka yang dalam perhatian polis termasuk penduduk tempatan dan mereka dari kawasan berhampiran.
  • Polis mengesahkan tiada kesan kecederaan lama yang menunjukkan penderaan.

9 Disember 2023

  • Polis meneruskan pemeriksaan dari rumah ke rumah di Apartmen Idaman, Damansara Damai, untuk mengumpulkan maklumat berkaitan kes tersebut.

10 Disember 2023

  • Datuk Zayn Rayyan, Zahari Mohd. Reba, 55, menolak kemungkinan cucunya dibunuh kerana dendam, memandangkan keluarga mereka baru menetap di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, selama tiga tahun.
  • Anjing K9, Gucci dan Ricks, memeriksa sebuah stor yang menjadi tumpuan pada hari keempat operasi pencarian bukti.
  • Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) keluar dari apartmen blok R dengan membawa beberapa bungkusan.
  • Sebanyak 228 individu telah diambil ujian DNA untuk membantu siasatan, melibatkan pemeriksaan 2,484 unit rumah (18 blok) dan premis perniagaan.

11 Disember 2023

  • Polis menerima sejumlah rakaman dashcam daripada pemilik kenderaan di apartmen.

12 Disember 2023

  • Hussein mengesahkan terdapat pergerakan dalam rakaman dashcam yang diperoleh.
  • Polis mendapatkan bantuan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat.

13 Disember 2023

  • Polis menemui sehelai stokin dalam takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan dijumpai dengan bantuan JBPM dan JPS Selangor.
  • Tiga individu ditahan kerana positif dadah di Apartment Damai tetapi tidak berkaitan dengan kes pembunuhan.

14 Disember 2023

  • Stokin yang ditemui dalam air bukan milik mangsa.
  • Polis mencari saksi yang mendakwa melihat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R pada 5 Disember sekitar pukul 5 petang.
  • Sebanyak 86 keterangan dan 238 DNA sudah diambil.

23 Disember 2023

  • Polis meminta bantuan Interpol dalam pencarian bukti kes pembunuhan Zayn Rayyan yang memasuki Fasa 3.

28 Disember 2023

  • Polis menyatakan siasatan kes bunuh Zayn Rayyan masih diteruskan walaupun tiada petunjuk baharu.

7 Januari 2024

  • Polis mengesahkan menerima maklumat dari Interpol, namun secara umum.

6 Februari 2024

  • Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor, Datuk Seri A. Thaiveegan menawarkan ganjaran RM20,000 kepada individu yang membantu penahanan suspek.

23 Februari 2024

  • Hussein mengesahkan masih tiada maklumat yang diterima walaupun ganjaran RM20,000 ditawarkan oleh MCPF Selangor.

21 Mac 2024

  • Polis menafikan tindakan lambat dalam siasatan pembunuhan Zayn Rayyan dan menegaskan usaha diteruskan sejak hari pertama.

8 Mei 2024

  • Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu.

31 Mei 2024

  • Sepasang suami isteri ditahan di sekitar Puncak Alam untuk membantu siasatan polis.

1 Jun 2024

  • Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan reman selama tujuh hari untuk pasangan suami isteri berusia 29 tahun mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ustaz Don Direhatkan Sementara dari Program Salam Baitullah, Demi Redakan Ketegangan.

VIT’S Sumbang RM50,000 Kepada Persatuan Karyawan di Konsert Amal.