in ,

IKHLAS Qurban Musim 5: Menyantuni 100,000 Penerima di Dalam dan Luar Negara

Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menjangkakan lebih 100,000 penerima akan mendapat manfaat daripada kempen IKHLAS Qurban Musim Kelima sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, berikutan peningkatan jumlah pengguna yang melaksanakan ibadah korban secara dalam talian.

Pada tahun lalu, IKHLAS Qurban disokong oleh hampir 7,000 pengguna aplikasi ikhlas.com yang menyempurnakan lebih 9,000 ibadah korban, memberi manfaat kepada kira-kira 430,000 penerima di dalam dan luar negara. Tahun ini, jumlah tersebut dijangka meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, berterima kasih kepada pengguna yang bermurah hati membantu komuniti tempatan dan pelarian di Malaysia.

Kempen ini dipromosikan oleh Duta Jenama ikhlas.com, Datuk Rosyam Nor dan personaliti media sosial, CEO Batu. IKHLAS Qurban juga akan menganjurkan acara IKHLAS Qurban Perdana 2024 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, dan Terengganu sempena Hari Raya Aidiladha.

Peserta IKHLAS Qurban dapat memeriksa status korban, menerima sijil pengesahan, dan menonton video penyembelihan melalui aplikasi ikhlas.com, serta menikmati mata ganjaran AirAsia untuk produk dan perkhidmatan pelancongan.

Dilancarkan pada Oktober 2020, ikhlas.com memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah seperti Umrah, Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah, dan Qurban.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Pra-Tempah Monitor Idaman Anda Hari Ini dengan Penjimatan Eksklusif Sehingga RM1,000!

Ustaz Don Direhatkan Sementara dari Program Salam Baitullah, Demi Redakan Ketegangan.