in ,

Lululemon Lancar Koleksi Baru Raikan Pembukaan Cawangan di The Gardens Mall

Bagi meraikan kejayaan tersebut, Lululemon akan melancarkan koleksi terbaru untuk produk dwi-jantina iaitu Pace Breaker Short, Zeroed in Short, Align Short, License to Train Short, dan Hotty Hot Short.

Koleksi ini menampilkan lima gaya utama, setiap pakaian menggabungkan versatiliti, keselesaan, dan kebolehpercayaan, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti yoga, larian, latihan, dan banyak lagi.

Berpegang teguh kepada falsafah keterangkuman dalam domain kesihatan dan kesejahteraan, produk ini direka khusus untuk semua jantina dan komuniti tempatan. Ini termasuk hijab mereka yang diperbuat daripada fabrik Nulu™ yang ringan.

Bergaya dipakai sepanjang hari, seluar pendek yang kemas ini sangat sesuai untuk latihan harian, membolehkan anda bergerak bebas kerana fabriknya yang cepat kering.
Seluar pendek yang mengutamakan prestasi, direka dengan fabrik mesh yang ringan dan membolehkan bernafas, sesuai untuk mereka yang gemar berlatih dan berlari.
Seluar pendek ini sememangnya sangat selesa, membolehkan  pemakainya bergerak bebas, sesuai untuk aktiviti kasual dan latihan yoga.
Seluar pendek ikonik yang telah diperhalusi selama lebih sepuluh tahun, direka khusus untuk pelari yang mengutamakan kebebasan pergerakan dan rekaan yang menarik.
Direka khusus untuk latihan yang terbaik, seluar pendek ini memang tahan lasak, kalis lelasan dan memberikan kebebasan pergerakan yang maksimum semasa berlatih.

Penambahan butik membuktikan komitmen Lululemon untuk terus memperluaskan perniagaannya secara antarabangsa, memupuk semangat komuniti serta menggalakkan rakyat Malaysia memulakan langkah pertama dalam perjalanan kecergasan dan kesejahteraan mereka.

Koleksi ini mempamerkan dedikasi lululemon terhadap usaha menyediakan pakaian berkualiti tinggi yang memenuhi pelbagai cita rasa, minat dan gaya hidup aktif.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Salam Baitullah Musim Ke-16 Kembali di Masjid Putra, Putrajaya.

Nikmati Sensasi Rasa Terkini Bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink.