in

Madammu Sumbang 1000 Pasang Baju Raya

Dek kerana ramai yang tidak berkemampuan untuk membeli baju raya, usahawan, Madammu terpanggil untuk melakukan amal jariah besar-besaran semalam.

Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri memberikan sumbangan sebanyak 1000 pasang baju raya Sabella kepada yang memerlukan.

Menurut pengasas Noir itu, inisiatif itu tercetus semasa dia dan suaminya berada di Makkah, baru-baru ini. 

“Semasa berada Makkah, saya ada melihat keluhan ramai orang yang tidak mampu membeli baju raya.

“Bermula dari situ, saya menghubungi sahabat saya yang merupakan pengasas Sabella, Siti Fatimah Abdul Samat untuk bekerjasama dengannya bagi mendapatkan baju kurung untuk diberikan secara percuma.

Madammu bersama pengasas Sabella, Siti Fatimah

“Sabella juga terdorong untuk memberikan baju kurung itu pada harga berpatutan kerana dia juga mahu menyumbang dalam program ini,” katanya.

Pemberian baju raya tersebut diadakan di Ibu Pejabat Sabella dan setiap individu diberi kebebasan memilih pakaian mereka dari koleksi pakaian yang disediakan.

“Kita percaya mereka yang datang ke sini hari ini adalah individu yang memerlukan. Jadi, mereka boleh ambil sepasang baju raya setiap seorang. 

“Ada aduan kami terima daripada orang jauh yang tidak dapat datang ke sini. Program ini berlangsung dalam tempoh dekat dengan sambutan Aidilfitri. 

“Disebabkan itu, kita ambil pendekatan untuk buat di sini kerana kita bimbang sekiranya pakaian itu dipos, ia tidak sampai kepada penerima,” katanya. 

Untuk perancangan masa hadapan, Madammu berharap agar usahanya untuk membantu golongan yang memerlukan ini boleh diperluaskan lagi dengan menambah jumlah baju raya diberikan termasuk kepada pakaian untuk lelaki serta kanak-kanak.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

The Gadys Dapat ‘Cuti Raya’?

[V] F8Buzz Ke Taiwan! Dari Kaohsiung Ke Taoyuan!