in ,

Kerana Sikap Mesra, Alyah Jadi Duta Twomee

Kerana sikap yang mesra dengan sesiapa saja, Alyah dilantik sebagai duta untuk jenama kosmetik Twomee.

Menurut pengasas produk kosmetik Twomee, Dato Suraya Binti Hj Semaru, pemilihan Alyah atau nama sebenarnya Datin Noor Hasliah Abu Hassan dibuat kerana beliau tertarik dengan sikap ramah dan rendah dirinya.

Dato Suraya Binti Hj Semaru

“Saya mengenali Alyah ketika beliau membuat persembahan di majlis perkahwinan saya, ketika itu saya dapat melihat bertapa mesranya beliau melayan peminat.

“Melihat dirinya melayan peminat dengan baik tidak kira siapa membuatkan saya tertarik untuk menjadikan beliau sebagai duta produk,” katanya sewaktu ditemui di majlis pelancaran jenama Twomee di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Sabtu.

Pelantun lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Suraya yang sudi bekerjasama dengannya. 

“Saya tahu dengan keadaan sekarang persaingan sangat kuat, ramai diluar sana yang lebih hebat dari saya.

“Inilah namanya rezeki dan saya perlu kerja lebih kuat untuk membantu jenama ini agar mendapat sambutan yang baik dipasaran.

“Saya akan memainkan peranan saya sebagai duta produk untuk memperkenalkan Twomee dipasaran,” ujar Alyah.

Majlis perasmian tersebut, turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis dan pempengaruh media sosial tempatan seperti Luqman Podolski, Adira Suhaimi, Ani mayuni, Yasmin Aziz, Sarah Suhairi, Aidilia Hilda, Aizat Saha dan ramai lagi.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Anggi Marito Sudah Ada ‘Kisah Yang Lain’

Bufet 25 Malam Di Zai Sri Gemilang