in ,

Money Not Enough 3 Kutip RM13.86 Juta Dalam Masa 2 Minggu

Money Not Enough 3 mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengutip lebih RM13.86 juta selepas hampir dua minggu ditayangkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Tidah terhenti disitu, filem ini juga mencipta rekod filem Tahun Baharu Cina paling berjaya di Malaysia selepas mula ditayangkan pada 10 Februari lalu.

Menurut pengedarnya, Mega Films Distribution filem arahan sutradara hebat, Jack Neo itu juga menjadi naskhah paling berjaya di Singapura selepas era pandemik berlaku.

Pengarahnya, Jack Neo dalam satu kenyataan berkata, dia berterima kasih kepada semua penonton dan peminat filem tersebut yang telah mengikuti perjalanan bersama sejak 1998.

Malah dia juga berterima kasih kepada semua ketua keluarga yang membawa anak-anak mereka menonton filem yang memberi pengajaran tentang kekeluargaa, duit dan persahabatan itu.

“Money Not Enough 3 bukan sekadar filem Tahun Baharu Cina. Filem ini berkongsi memori tentang persahabatan, kekeluargaan yang terjalin sejak sekian lama.

“Saya akan terus bekerja keras untuk menghasilkan filem-filem yang lebih berkualiti dan berjaya,” ujarnya.

Money Not Enough 3 berkisahkan tentang tiga sahabat baik dari zaman kecil: Ah Fai, Ah Qiang dan Ah Huang yang berdepan kemelut hubungan kerana wang.

Filem terbitan Hijack PictureS dan MM2 Entertainment itu menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Trinil: Kembalikan Tubuhku Kini Ditayangkan Di Malaysia

Pilih Taiwan Sebagai Destinasi Berbulan Madu!