TEMU BUAL bersama Fizie Roslan di sidang media Sesi Pengenalan ‘Bareyy Jadi’ di GEGAR.
Hasrat untuk bersara selepas bergiat aktif sebagai penyampai radio selama 19 tahun dikuburkan selepas Fizie ditawarkan untuk menjadi penyampai di radio Gegar.
Menurut Fizie, tawaran itu diterima kerana dia belum pernah bekerja dibawah naungan Astro jadi ia merupakan peluang yang baik untuk dia mencuba.
Tambahnya lagi, penerimaan tawaran itu disokong kuat apabila dia pernah ditawarkan untuk menjadi penyampai Gegar oleh seorang rakan yang sudah meninggal dunia jadi Fizie mahu menunaikan permintaan arwah rakannya itu.
• • • • • • • •
Bersempena sambutan tahun baru, radio GEGAR telah melakukan beberapa pembaharuan terhadap kandungannya.
GEGAR memperkenalkan penyampai baharu mereka iaitu Fizie Roslan yang sudah mula bertugas sejak 1 Januari yang lalu.
Segmen ‘Bro Pagi GEGAR’ diperbaharui dengan mengandingkan Issey Fazlisham dan Fizie yang akan keudara dari jam 6 hingga 10 pagi.
Bukit Jalil • 3 Januari 2024
#fizieroslan #gegar #bropagigegar
GIPHY App Key not set. Please check settings