in

Mini Cooper Terbakar Tepi Jalan, Erysha Emyra Syukur Selamat

Kereta Mini Cooper milik pelakon, Erysha Emyra didapati tiba-tiba terbakar ketika dalam perjalanannya ke tempat kerjanya, semalam.

Menerusi Insta Story milik Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, dia meluahkan rasa syukur apabila dia berpeluang untuk keluar dari kereta tersebut dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pada mulanya, kereta itu hanya dilihat terbakar pada bahagian hadapan dan pelakon berusia 24 tahun itu mujur bertindak dengan pantas untuk berada jauh dari kebakaran tersebut.

Namun begitu, Erysha yang merupakan anak kepada pelakon juga, Datin Sri Noniswara, menzahirkan rasa pilu apabila kereta kesayangannya berwarna biru itu hangus.

“Insiden yang begitu trauma berlaku kepada saya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini (semalam), tetapi alhamdulillah saya selamat dan berada dalam keadaan baik.

“Kereta saya tiba-tiba terbakar dan tidak dapat diselamatkan. Alhamdulillah saya dapat keluar daripada kereta tepat pada masanya, cuma panik sepanjang perjalanan,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, anak kepada pelakon, Datin Sri Noniswara, tidak dapat menahan air mata apabila menyaksikan kereta kesayangan berwarna biru itu hangus 100 peratus.

“Ketika bomba tiba kereta saya sudah hangus terbakar. Selamat tinggal kepada rakan biru saya. Terima kasih atas ‘jasa’ anda selama ini,” katanya. 


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Demi Peminat, Anuar Zain Terpaksa Guna Nebulizer Sepanjang Konsert

FOTO Sekitar Konsert Ulang Tahun Anuar Zain AZ 40