in

Shila Amzah Pilih Berdiam Diri Mengenai Banglo Miliknya

Baru-baru ini, penyanyi popular, Shila Amzah, dikhabarkan tidak mengambil tahu lagi mengenai rumah miliknya di Hulu Langat.

Menerusi siaran langsung miliknya semalam, dia memilih untuk berdiam diri kerana perkara tersebut menjadi terlalu besar. 

“Kali ini saya tak uruskan. Mereka pilih sendiri. Saya tak uruskan sebab masalah ini sudah terlalu besar. Jadi, saya ambil langkah berdiam diri. Saya lepas tangan.

“Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong, tengoklah bagaimana,” katanya.

Shila atau Nur Shahila Amir Amzah, 33 memaklumkan ada beberapa individu bertanya dan berminat untuk membeli rumah miliknya. 

“Sudah ramai tanya nak beli rumah itu. Tapi, biarlah tunggu kosong dulu. Sekarang masih ada orang dalam rumah itu. 

“Apabila sudah kosong, barulah senang untuk orang datang tengok.

“Setahu saya, mereka sudah tiada di rumah itu, tapi tak tahu secara rasmi sudah pindah atau belum,” jelasnya.

Terdahulu, Shila dan ahli keluarganya dikatakan mengundang kontroversi apabila didakwa ingin menjual rumahnya tanpa pengetahuan adiknya, Syada dan Shafiq Amzah yang turut menetap di situ bersama ibunya, Fauziah Sarman. 

Perkara terbabit meraih perhatian netizen menerusi siaran langsung yang pernah dilakukan oleh Syada dan Shafiq Amzah seolah-olah mengutuk kakak sulungnya itu.

Namun, kenyataan milik adik-adiknya tersebut dibidas oleh Shila yang turut membuat siaran langsung di Instagram miliknya dan mendedahkan perkara sebenar disebalik kejadian.

Katanya, adik-adiknya kecuali Syahir Amzah tidak menghormatinya sebagai kakak sulung malah Shafiq Amzah pernah melakukan kekasaran terhadapnya.

Tambahnya, dia ingin menjual banglo tersebut dan berikan tempat tinggal yang lebih sesuai bagi keluarganya itu namun disalah anggap oleh ahli keluarganya.


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Gabungan ERA Suria Cipta Sejarah Dalam ‘The Malaysia Book of Records’

Bad Indigo Meninggal Dunia