in

Gabungan ERA Suria Cipta Sejarah Dalam ‘The Malaysia Book of Records’

Mendapat pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Records’ (MBR), kerjasama antara stesen radio Suria FM dan ERA berjaya membuktikan ‘Kolaborasi Rangkaian Radio Silang Pertama untuk Menyiarkan Siaran yang Sama Secara Serentak’ melalui penjenamaan ERA Suria, Disini Segalanya Terkini diinspirasikan oleh CelcomDigi.

 Lebih menarik lagi, topik yang dibincangkan merupakan ‘Dulu Kawan,Sekarang Lawan & Dulu Lawan, Sekarang Lawan’ telah mencipta sejarah menerusi gabungan segmen pagi ‘Morning Morning Suria’ dan ‘3 Pagi ERA’ oleh barisan penyiar radio yang hebat iaitu Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin yang bersiaran secara langsung pada 23 Oktober lalu bermula jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

Dalam pada itu, majlis penyampaian sijil rasmi ‘The Malaysia Book of Records’ itu telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pemasaran MBR, Jeska Seah, Perunding Rekod Kanan MBR, Siti Hajar Binti Johor kepada Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) dan Hani Fadzil, Pengurus Kandungan ERA dengan bersaksikan lebih 170,000 penonton sekaligus berjaya meraih sebanyak 4.3 juta ‘likes’ di siaran langsung ‘Tiktok’ Suria Malaysia dan ERA.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), dia memanjatkan kesyukuran atas kerjasama yang hebat bersama ERA telah mencipta sejarah dan berharap mampu memberi inspirasi kepada penggiat seni yang lain terutama dalam penyiaran radio.

“Mewakili Suria FM, kami sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan daripada ‘The Malaysia Book of Records’ pada hari ini menerusi gabungan dua segmen pagi di Suria dan ERA. 

“Kami abadikan pengiktirafan ini sebagai sebuah sejarah dalam industri radio Malaysia kerana ini merupakan satu konsep dan landskap baru dalam industri radio tanah air. 

“Mudah-mudahan ia mampu memberi inspirasi kepada penggiat industri radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama mungkin dalam cara yang berbeza untuk terus memeriahkan industri ini agar terus berkembang maju.

“Diharapkan melalui jalinan kerjasama bersama ERA, mampu menghasilkan satu perpaduan yang lebih utuh dan semoga lebih banyak kolaborasi di masa mendatang.

Suria FM akan terus memberi sokongan kepada segala inisiatif baik yang mampu memberikan impak positif kepada masyarakat khususnya buat para pencinta radio. 

“Sekali lagi, kami amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ERA atas jalinan kerjasama baik ini,” katanya. 

Di samping itu, Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pendengar dan peminat yang tidak berhenti memberikan sokongan malam berharap agar perkara yang lebih baik akan tiba bagi memajukan lagi industri radio tempatan.

“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka dan berharap kolaborasi ERA dan Suria FM ini terus menjadi perintis dalam mengubah landskap audio tempatan.

Terima kasih juga diucapkan kepada Malaysia Book of Records atas pengiktirafan yang diberikan dan diharap semua rakyat Malaysia dapat menikmati pilihan radio yang pelbagai dan relevan daripada kami,” ujarnya.

Untuk info lebih lanjut, pendengar boleh layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:

Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Judikan Gegarkan Axiata Arena Dengan 12,000 Penonton

Shila Amzah Pilih Berdiam Diri Mengenai Banglo Miliknya