in

Hrithik Roshan Bakal Mewarnai Konsert Gilang Gemilang di Malaysia


Pelakon popular India, Hrithik Roshan yang merupakan pemenang enam kali Filmfare Awards dan menerima bayaran termahal di belantika perfileman India juga sangat terkenal dengan skil tarian yang hebat, bakal menggembirakan para peminatnya di Malaysia.

Setelah lapan tahun berlalu, Hrithik Roshan bakal hadir ke Malaysia apabila penganjur, Yess Boss Groups mengumumkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember ini.

Dalam pada itu, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan merupakan konsert terbesar bagi tahun 2023 serta ditunjangi oleh Ikon Tarian Global Hrithik Roshan, bersama Maestro Tarian legenda iaitu Prabhu Deva, Diva Tarian, Vaani Kapoor, Maliaka Arora, dan Sanya Malhorea.

Lebih menarik lagi, The Singing Sensation Aastha Gill dan Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh akan menghiburkan para peminat sepanjang malam yang ajaib.

Di samping itu, konsert tersebut merupakan kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions dan pelakon berusia 49 tahun tersebut bakal menampilkan konsert yang spektakular dengan diiringi barisan penari hebat serta koreografi tarian mereka dinantikan selain persembahan pentas yang meriah.

Selain itu, konsert terbabit menampilkan Bharti Singh dan Harsh Limbachiyaa sebagai pembuka acara yang mana mereka merupakan pasangan yang disayangi ramai malah turut dimeriahkan lagi dengan kemunculan Aastha Gills, Vaani Kapoor, Maliaka Arora dan Sanya Malhotra.

“Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.

“Ini akan menjadi tanda aras buat kami di yang diberi kepercayaan oleh Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat melihat Hrithik kembali mempersona dengan skil tarian dan penampilan memukau.

“Apa lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu para peminat yang sentiasa menyambut hangat bukan hanya kerja seni tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu.

“Menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert, peminat akan menyaksikan sebuah lagi persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani oleh Prahbu Deva sekaligus menjadikan konsert ini sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan, Pengarah Urusan Yess Boss Groups.

Penganjur turut menyifatkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert bakal menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang serta bukti pengaruh seni Bollywood tidak pernah mati.

“Dalam lambakan muzik atau pelbagai genre konsert yang berjaya dilangsungkan sepanjang tahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi bukti dan tanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.

“Ramai peminat yang dahagakan penampilan bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia.

“Jangan sampai terlepas membeli tiket dan pastikan temujanji anda bersama Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan.

Untuk info, tiket-tiket yang dijual berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari https://yessbossticket.com/event/stars-on-fire-tour/ atau hubungi talian hotline 011-11546805.

Tiket tersebut juga sudah mula dijual sejak Khamis, 19 Oktober lalu pada jam 11.59 pagi.

Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Festival Muzik Wave Bakal Gegarkan Malaysia dengan barisan artist K-Pop yang Popular pada 11 November Ini

‘Showcase’ Siri Jelajah Album Berjaya, Amir Masdi Dinobatkan Artis Pertama Menyanyi di Hard Rock Cafe Melaka