in

Festival Muzik Wave Bakal Gegarkan Malaysia dengan barisan artist K-Pop yang Popular pada 11 November Ini

“Festival Muzik 9 Wave” aturan oleh Nine Xtraw dan anjuran bersama Skyline Entertainment bakal diadakan di pentas Surf Beach, Sunway Lagoon, bermula pada 6.00 petang bertarikh 11 November ini.

Konsert tersebut bakal dimeriahkan lagi dengan barisan selebriti hangat dalam industri K-Pop iaitu kumpulan gadis sensasi (G)I-DLE, muzikus serba boleh Henry Lau, kehebatan EDM SHAUN, artis virtuoso tarian Hyoyeon dari SNSD, serta artis serba boleh vokal Xiumin dari EXO dan Bobby dari iKON.

Festival ini berjanji untuk menjadi perayaan muzik dan budaya K-Pop yang menyeronokkan, menghimpunkan peminat dari seluruh Malaysia dan lebih jauh lagi. 

Dalam pada itu, jualan tiket konsert itu sedang hangat direbut oleh para peminat dan pihak penganjur meminta supaya pembelian tiket perlu disegerakan.

Untuk info, bagi senarai harga tiket untuk pembelian terawal bagi general admission RM 268, zon berdiri parti RM 488, zon berdiri wave RM 688, zon berdiri VIP RM 1088, manakala zon duduk VIP berjumlah RM 7688 dan RM 8688 untuk 6 orang tempat duduk serta F&B disertakan. 

Pembelian tiket boleh didapati menerusi laman web www.9wavemusicfestival.com dan premier.ticketcharge.com.my. 


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Elly Mazlein Luah di Insta Story, Siapa Yang Dimaksudkan Kak Lina?

Hrithik Roshan Bakal Mewarnai Konsert Gilang Gemilang di Malaysia