Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad mengumumkan keunduran Elly Mazlein yang lebih mesra disapa sebagai Kak Lina dari mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza.
Katanya, dia menghormati keputusan Kak Lina dan berterima kasih kepadanya atas komitmen yang diberikan sepanjang siaran program hiburan tersebut.
“Setelah memberi pertimbangan secara teliti, dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi.
“Walaupun berasa sedih, Pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.
“Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.
“Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang,” katanya dengan penuh rasa hiba.
Namun begitu, Kak Lina atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, akui tidak dapat mengacarakan program realiti itu atas sebab peribadi dan mengharapkan ramai masih menyokong para peserta All Stars Gegar Vaganza.
“Kak Lina mohon maaf kerana tidak dapat meneruskan mengacara All Stars Gegar Vaganza atas sebab-sebab peribadi. Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.
“Sesungguhnya, Kak Lina amat menghargainya. Insya-Allah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding,” ujarnya dengan penuh harapan.
Dalam pada itu, All Stars Gegar Vaganza masih dijalankan bersama gandingan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta barisan juri profesional dan bintang-bintang yang bertanding.
GIPHY App Key not set. Please check settings