Foto yang terpampang di profil Instagram milik pelakon jelita, Nelydia Senrose kelihatan tidak memakai hijab telah mencuri tumpuan ramai.
Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen sebelum ini didakwa bertudung, memakai pakaian berwarna gelap dan duduk di katil tanpa memakai tudung.
Namun begitu, mengikuti laporan Harian Metro, pelakon berusia 29 tahun tersebut tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan sebarang komen mengenai perkara terbabit.
Dalam pada itu, individu yang menjawab telefon yang dihubungi telah menafikan dirinya bahawa dia bukan pelakon drama Setia Hujung Nyawa malah kedengaran bercakap berbahasa Melayu tetapi dengan slang Cina.
Bagaimanapun, pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu tidak memuat naik hantaran terbaharu di Instagram miliknya selain hantaran terakhir pada sembilan minggu yang lalu.
Menerusi hantaran terakhir terbabit, ada beberapa komen netizen yang berharap dia masih kuat untuk berhijab.
“Pakai tudung ya sayang. Awak cantik dengan bertudung,” tulisnya.
Sebelum ini juga, Nelydia kelihatan beberapa kali tampil bertudung dan tanpa bertudung di khalayak ramai terutamanya semasa bercuti di luar negara.
GIPHY App Key not set. Please check settings